Sunday, August 29, 2010


SELAMAT HARI RAYA KEPADA SEMUA RAKAN-RAKAN RYN DAN SEMUA LECTURE RYN.....SALAM AIDILFITRI...MAAF ZAHIR DAN BATIN.....


Andai ada ruang berbual, Jangan lupa soal beramal, Ampun dan maaf di bulan Syawal, Duit Raya tolong standby. Salam kemaafan dari blog...ehehhehe





APA ITU KAUNSELING, BIMBINGAN DAN PSIKOTERAPI??????????? Lihat di bawah ini, maklumat yang ada kita kongsikan bersama.....;)

DEFINITION OF TEORI

‘ FORMULATION OF THE RELATIONSHIPS OR THE UNDERLYING PRINCIPLES OF PHENOMENA THAT HAVE BEEN OBSERVED AND VERIFIED TO SOME DEGREE . ’
GEORGE & CRISTIANNI ( 1995 ) COUNSELING – THEORY AND PRACTICE , BOSTON : ALLYN AND BACON .
KAUNSELING

HUBUNGAN MENOLONG YANG MELIBATKAN SEORANG KAUNSELOR TERLATIH DENGAN SEORANG ATAU LEBIH KLIEN ( INDIVIDU YANG HENDAK MENDAPATKAN PERTOLONGAN ) . FOKUS HUBUNGAN IALAH PENYESUAIAN , PERKEMBANGAN DAN KEPERLUAN MEMBUAT KEPUTUSAN BAGI DIRI KLIEN .

PROSES INI MELIBATKAN HUBUNGAN DAN ASAS KOMUNIKASI YANG MEMBOLEHKAN KLIEN MEMBINA KEFAHAMAN, MENEROKA ALTERNATIF DAN MEMULAKAN SESUATU PERUBAHAN PADA DIRINYA .

( GIBSON & MITCHELL , 1999 : 123 )
BIMBINGAN
PROSES MENOLONG ORANG MEMBUAT PEMILIHAN PENTING YANG MEMBERI KESAN KEPADA HIDUPNYA SEPERTI MEMILIH GAYA HIDUP YANG DISUKAI , MEMILIH PASANGAN , KERJAYA , PENDIDIKAN DAN LAIN-LAIN. PERBEZAAN BIMBIMGAN DAN KAUSELING IALAH BIMBINGAN MEMFOKUS KEPADA MENOLONG INDIVIDU MEMILIH APA YANG SANGAT BERNILAI KEPADANYA . MANAKALA KAUNSELING MEMFOKUS KEPADA MENOLONG INDIVIDU MEMBUAT PERUBAHAN .
( GIBSON & MITCHELL , 1999 : 4 )
PSIKOTERAPI
PSIKOTERAPI ATAU TERAPI MEMBERI FOKUS KEPADA MASALAH YANG SERIUS BERKAITAN DENGAN PSYCHIC , DALAMAN INDIVIDU , ISU – ISU PERSONAL DAN KONFLIK. PROFESIONAL YANG TERLIBAT IALAH PSYCHIATRIST ATAU CLINICAL PSYCHOLOGIST .
KEBANYAKAN TEORI KAUNSELING DIRUJUK SEBAGAI TERAPI DAN BOLEH DIGUNAKAN DI DALAM SETTING KAUNSELING ATAU TERAPI .
PROFESIONAL YANG MEMBERI KHIDMAT YANG AKAN MENENTUKAN SAMAADA SESEORANG ITU MEMERLUKAN KAUNSELING ATAU PSIKOTERAPI .
( GIBSON & MITCHELL , 1999 : 5 )
FAKTA – FAKTA TENTANG KAUNSELING

•KAUNSELING ADALAH SATU PROFESION .

•KAUNSELING MENGENDALI KESIHATAN MENTAL , PERKEMBANGAN PERIBADI , KERJAYA DAN PATALOGI .

•KAUNSELING DIJALANKAN DENGAN SEORANG YANG BOLEH BERFUNGSI SECARA BAIK DAN JUGA ORANG YANG MEMPUNYAI MASALAH YANG SERIUS .

•KAUNSELING BERASASKAN TEORI .

•KAUNSELING ADALAH PROSES YANG BERBENTUK PERKEMBANGAN ATAU INTERVENSI .

•KAUNSELING TERLIBAT DENGAN PENGKHUSUSAN YANG PELBAGAI SEPERTI KAUNSELING SEKOLAH , KOLEJ / UNIVERSITI , PERKAHWINAN , KELUARGA , KESIHATAN MENTAL , KERJAYA , PEMULIHAN , PENYALAHGUNAAN DADAH ATAU SUBSTANCE DAN LAIN-LAIN .
DIMENSI PENGUNAAN TEORI KAUNSELING

•Matlamat proses kaunseling ialah – klien dapat menikmati hasil kaunseling dan boleh berfungsi dengan sihat .

•Manusia – pemikiran , emosi , tingkahlaku - kognitif , afektif , psikomotor .

Proses kaunseling – elemen pemikiran , emosi dan tingkahlaku boleh difahami dengan terperinci melalui konsep afektif , kognitif , wawasan diri dan tingkahlaku .

A --------------------------------------- B
Wawasan diri Tindakan
•Pendekatan yang mirip kearah mementingkan wawasan diri terletak di A dan tindakan di B .

A --------------------------------------- B

Afektif Kognitif

•Pendekatan yang melibatkan elemen pemikiran dan afektif memainkan peranan dalam penentuan matlamat kaunseling .

•Teori yang berorientasikan afektif

• Psikoanalisa

• Pemusatan perorangan

• Gestalt

•Teori yang berorientasikan kognitif

• Behavioral

•Rational emotif

•Trait dan faktor

• Membolehkan kaunselor berupaya meneliti sesuatu pengalaman terapi kaunseling dengan lebih terperinci .

•Dapat mengawal fikiran kaunselor dengan teratur .

•Membantu kaunselor membuat penekanan dan penilaian proses kaunseling .

•Pegangan teori dapat membantu kaunseloR merancangan ke satu matlamat kaunseling .
ELEMEN – ELEMEN DALAM TEORI KAUNSELING

•Andaian tentang sifat semulajadi manusia .

•Kepercayaan tentang teori pembelajaran dan perubahan tingkahlaku .

•Matlamat kaunseling

•Peranan kaunselor .

•Bukti penyelidikan untuk menyokong teori .
TEORI KAUNSELING PENGENALAN

CORAK DAN MIRIP TEORI KAUNSELING

•Bidang pengtahuan sains tingkahlaku memerlukan prinsip yang spesifik untuk menggerakkan pelaksanaan dari teori kepada praktik .

•Konsepsilisasi teori sahaja tidak mencukupi .

•Perlu keupayaan mengalihkan konsep kepada kemahiran .

•Pelaksanaan mengubah konsep teori kepada terapan mesti mengambil kira dimensi kaunseling serta implikasinya terhadap tingkahlaku manusia .

Teknik kaunseling serta strategi pelaksanaan sistem rawatan juga perlu dipertimbangkan bagi mencapai satu sistem hasil kaunseling yang sempurna .

•Pelaksanaan kaunseling yang berfokus kepada sesuatu sintesis teori , teknik dan strategi adalah pendekatan yang bercorak pragmatik .

•Perlu menyesuaikan teknik tertentu daripada teori yang berbeza kepada pegangan pendekatan kaunseling yang asas .

•Pegangan kepada teori sangat perlu dalam pelaksanaan kaunseling untuk :
CIRI – CIRI TEORI YANG BAIK

•Merumus satu badan maklumat dan membuat generalisasi yang sesuai .

•Membuat fenomena yang kompleks mudah difahami .

•Meramal kemungkinan sesuatu situasi .

•Menggalakkan mencari fakta lanjutan .

( Combs , 1989 )

Friday, August 27, 2010

Ciri-Ciri Kaunselor Profesional

Proses kaunseling yang berkesan telah dikenalpasti mempunyai kaitan dengan sifat-sifat kaunselor di samping kemahiran-kemahiran kaunseling yang dimiliki.
Dalam mewujudkan sesi kaunseling yang selesa, kaunselor terlatih dan berpengalaman diperlukan.

CIRI-CIRI KAUNSELOR BERKESAN
Mengapa menolong secara berkesan dapat membantu individu berkembang ?

1.TAHAP DAN GAYA KEFUNGSIAAN KAUNSELOR

Iaitu kaunselor perlu berempati ke atas klien

2.GAYA HIDUP DAN PERHUBUNGAN MENOLONG KAUNSELOR

Gaya hidup natural kaunselor di luar perhubungan menolong
Sentiasa mempertingkatkan dirinya.

3.KESESUAIAN DI ANTARA KAUNSELOR DAN KLIEN

Personaliti yang sama (personaliti yang dapat digunakan walau berbeza etnik dan budaya)
Kaunselor menunjukkan rasa memahami, menghormati dan menghargai.

4. KAUNSELOR SEBAGAI FASILITATOR YANG MEMBERIKAN PERTUMBUHAN

Menurut Rogers (1957) terdapat beberapa keadaan untuk perkembangan diri klien iaitu di antaranya kongruen (bermaksud konsisten dan ketulenan) dalam perhubungan, penerimaan tanpa syarat terhadap klien, pemahaman empati terhadap ruang rujuk klien dan usaha berkomunikasi untuk memahami.

a.Kaunselor perlu empati

b.Keterbukaan
Menggalakkan klien bebas untuk meluahkan pemikiran dan perasaan
Kaunselor hanya perlu mendedahkan diri untuk mendedahkan self disclosure klien pada tahap kefungsiaan yang ingin dicapai

c.Kemesraan dan sikap ambil berat

Kemesraan : keadaan penuh persahabatan dan penuh timbangrasa di manifestasi melalui senyuman, kontak mata dan nonverbal attending behavior
Sikap ambil berat : lebih kepada emosi, menunjukkan belas kasihan dan ketulenan terhadap kebajikan klien

d.Menghormati dan penerimaan tanpa syarat

Menerima klien seadanya tanpa penghakiman dan nilai
Klien bebas dan akan dihormati

e.Concreteness and specifity

Kaunselor cuba untuk lebih spesifik dan berfokus terhadap permasalahan klien

f.Mempunyai kecekapan komunikasi

Sedar tentang kepelbagaian budaya
Boleh berkomunikasi di dalam ruang rujuk klien secara lisan dan bukan lisan

g.Intentionality (Ivey, 1994)

Kaunselor boleh memilih respons yang sesuai di dalam pelbagai kemungkinan.

Menurut Brammer (1998), dalam satu sesi kaunseling, kaunselor dan klien mempunyai ciri-ciri peribadi yang tersendiri. Ciri-ciri kaunselor profesional ialah :

1.Kesedaran tentang diri dan nilai-nilai
Memerlukan satu kesedaran yang luas mengenai kedudukan nilai mereka sendiri. Boleh menjawab persoalan “siapakah aku?” dan “apakah yang penting bagi aku?”. Kesedaran membentuk kaunselor menjadi jujur dengan klien.

2.Kesedaran tentang pengalaman-pengalaman dan budaya

Mengetahui tentang perbezaan dan persamaan di antara kaunselor dan klien
Dapat bertindak dengan berkesan dan selesa melalui perbezaan budaya.

3.Kebolehan untuk menganalisa perasaannya sendiri

Kaunselor mempunyai perasaan seperti kecewa kerana klien tidak dapat berkembang dengan baik dan tidak dapat berperanan seperti yang diharapkan oleh klien
Kaunselor perlu menangani keraguan dan konflik nilai serta berkarisma

4.Berkebolehan sebagai Model dan Mempengaruhi

Kaunselor menggunakan hubungan menolong untuk memenuhi keperluaannya yang tidak dipenuhi
Menjadi model kesopanan, kematangan dan keberkesanan di dalam kehidupan peribadinya.
Bertindak sebaga pakar (berpengatahuan tentang klien, latar belakang, sebab utama klien berjumpa kaunselor dan dapat bergerak ke masalah utama klien

5.Altruism and Compassion

Minat kepada hubungan sesama manusia dengan memberi perhatian yang berat
Mengidentifikasikan diri sebagai penolong dengan kemanusiaan dan tidak melihat diri mereka sebagai terpisah dengan masyarakat
Belas kasihan dilihat sebagai tindak balas melihat penderitaan orang lain. Ram Daas (1992) belas kasihan sebagai “acting from our deepest understanding of what life is, listening intently, and not compromising the truth”.
belas kasihan sebagai asas dalam spiritual dan agama

6.Mempunyai Tanggungjawab

Klien bertanggungjawab terhadap keputusannya.
Kaunselor bertanggungjawab melahirkan idea, memberikan reaksi atau sokongan selaras dengan kehendak klien
Kaunselor yang bertingkah laku secara etika dengan dapat mengimbangi antara kebajikan yang klien dan harapan sosial.

7.Mempunyai Etika Sebagai Penolong

Kod sebagai panduan yang formal untuk tindakan dan mencerminkan nilai-nilai bersama mengenai tanggungjawab dan perhubungan kaunselor-klien

8.Kebolehan untuk Memperkasakan Klien

Kaunselor dapat memperkasakan klien dengan berasaskan hubungan kepercayaan, koloborasi dan berkongsi tenaga.
Fokus kepada kekuatan dalaman klien dan keyakinan bahawa klien mampu memilih kehidupan yang positif.

Menurut Carl Rogers, sifat kaunselor yang berkesan merangkumi empat perkara iaitu:

1.Penerimaan dan Kemesraan

Kaunselor hendaklah mengalami dan menunjukkan minat dan tumpuannya kepada klien.
Kaunselor perlu memberitahu klien tentang sikapnya suka menerima, menghormati dan suka klien secara jujur tanpa mengenakan sebarang syarat iaitu penerimaan tanpa syarat (tanpa mengambilkira latarbelakang, status sosioekonomi serta masalah yang dihadapi.
Kaunselor menerima klien dengan penuh kerelaan dan kemesraan supaya klien berasa selesa, yakin dan bebas walaupun baru berjumpa kaunselor.

2.Tidak Menghukum

Kaunselor mengelak diri dari memberi label kepada klien apabila klien mengemukakan masalah.
Kaunselor tidak boleh membuat atau mengambil keputusan melainkan telah mendapat bukti dan keterangan yang lengkap

3.Ketulenan

Kaunselor hendaklah sentiasa seimbang semasa menjalankan sesi kaunseling, iaitu tidak berpura-pura, tenang, asli dan tidak menunjukkan kecenderungan menguasai perhubungan kaunseling
Kaunselor yang asli dan tulen akan diterima sebagai seorang yang jujur dan benar. Ini akan menimbulkan perasaan selamat dan yakin dengan kebolehan kaunselornya.

4.Ketepatan

Egan (1982) kaunselor hendaklah menggunakan bahasa yang mudah difahami, tepat dan sesuai dengan kebolehan klien. Apa yang dikatakan kaunselor mestilah jelas dan tepat dengan mengemukakan persolan yang konkrit dan spesifik.
Kaunselor membantu klien supaya dapat mencurahkan isi hatinya dengan tepat dan jelas melalui kata-kata yang mudah difahami.
Jika kata-kata mengelirukan, kaunselor haruslah mendengar dengan teliti dan memberi sepenuh perhatian untuk memastikan kaunseling dapat berjalan dengan baik.

Thursday, August 26, 2010


KUALA LUMPUR 12 Jun –Kementerian Pelajaran akan melaksanakan transformasi sistem pendidikan bermula 2010 bagi meningkatkan kualiti akademik, kokurikulum dan pembangunan sahsiah murid. Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd. Dom berkata, transformasi tersebut akan melibatkan beberapa perubahan dari segi kurikulum dan sistem peperiksaan sekolah.
"Kami akan buat perubahan dari segi kandungan kurikulum supaya menjadi lebih menarik dan seronok serta tidak membebankan pelajar." "Kita nak wujudkan konsep ‘pelajar berlari ke sekolah dan berjalan pulang ke rumah’ sebagai menunjukkan betapa mereka seronok dan teruja untuk menimba ilmu di sekolah," katanya ketika berucap merasmikan sambutan hari guru peringkat daerah Hulu Langat di sini hari ini.
Alimuddin berkata, selain kurikulum, transformasi tersebut juga akan melibatkan perubahan kepada sistem penilaian supaya tidak hanya berasaskan peperiksaan. Menurutnya, melalui sistem penilaian baru itu, prestasi para pelajar akan dinilai sejak mereka berada di tahun satu lagi. "Hal ini bermakna ketika pelajar-pelajar itu menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), peperiksaan mereka melibatkan silibus yang kecil sahaja kerana mereka telah dinilai sejak awal lagi," jelasnya. Beliau memberitahu, sistem yang bakal dilaksanakan itu akan menggunakan sistem pengumpulan mata seperti dilaksanakan di universiti.
Menurut Alimuddin lagi, tahun ini sebanyak 50 sekolah telah dipilih sebagai perintis bagi melaksanakan transformasi tersebut sekali gus akan diteruskan kepada 500 buah lagi pada tahun hadapan serta ke seluruh negara menjelang 2010. Beliau berharap, melalui mekanisme transformasi itu, lebih ramai pelajar yang bermutu, berilmu pengetahuan, dan berdisiplin dapat dilahirkan menjelang tahun 2020. "Pelajar-pelajar yang berada di peringkat sekolah sekarang ini akan berusia antara 20 hingga 30 tahun menjelang 2020 dan produktiviti mereka sangat diperlukan untuk memajukan negara,’’ katanya

Wednesday, August 25, 2010

BAKAL-BAKAL KAUNSELOR PADA MASA HADAPAN- INSYAALLAH....MOGA DI MAKBULKAN



TUGAS / PERANAN/TANGGUNGJAWAB KAUNSELOR - SETTING (sekolah menengah)
Sekarang ini terdapat satu jawatan khas di sekolah menengah iaitu Kaunselor. Kaunselor berperanan dan bertanggungjawab dalam usaha mengembangkan segala potensi yang ada pada seseorang pelajar itu semasa dia di sekolah. Di sekolah menengah bimbingan dan kaunseling merupakan satu tanggungjawab yang besar yang perlu dimainperanankan oleh seseorang kaunselor. Setiap rancangan pendidikan seharusnya beroperasi dengan andaian bahawa setiap penuntut mestilah berusaha untuk mencapai perkembangan peribadi yang maksimum. Perkhidmatan pendidikan mestilah mengiktiraf matlamat-matlamat peribadi setiap pelajar dan menolong mereka membuat rumusan dengan jelas dan realistik. Dalam usaha memenuhi hak-hak pelajar itu, mereka yang terlibat mungkn akan menghadapi beberapa masalah dan halangan. Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang merupakan aktiviti yang tersusun akan menolong pelajar meneliti, menilai dan memilih matlamat peribadi yang realistik serta memastikan mencapai matlamat yang mereka perlukan. Sebagai seorang kaunselor di sekolah menengah, ia berperanan menyelaras semua aktiviti bimbingan dan kaunseling dengan disokongbantu oleh aktiviti kurikulum dan kokurikulum. Mengikut Kementerian Pendidikan Malaysia yang dicatatkan dalam buku Panduan Perlaksanaan Khidmat Bimbingan dan Kaunseling di Sekolah ada menggariskan beberapa prinsip. Antaranya, bimbingan dan kaunseling adalah merupakan proses pendidikan, iaitu proses yang dirancang dan berterusan. Para pelajar didik mempelajari pengalaman, nilai, sikap dan tingkahlaku yang sesuai dengan masyarakat majmuk di Malaysia. Perkhidmatan yang diberi kepada semua pelajar bagi mendapatkan peluang pertolongan khidmat bimbingan ini tanpa mengira bangsa dan agama. Mereka berhak mendapat pertolongan ini apabila mereka perlu terutama dalam masa-masa menuju proses perkembangannya. Mereka dilayan untuk perkembangan potensi dan kebolehannya supaya berkembang dengan kadar yang sepatutnya mengikut tahap-tahap dan perkembangannya. Para pelajar akan dibantu memahami dirinya, diri orang lain dengan mendalam dan menerokai tujuan hidupnya. Di samping menolong mereka memilih serta merancangkan hidupnya dengan berkesan dengan berorientasikan masa depan dan masa kini. Oleh itu pelajar akan tegas diri, boleh menyesuaikan diri serta memahami implikasi tindak-tanduknya masa kini dan masa hadapan. Para pelajar diharap akan menyedari kelemahannya dan kemudian dibantu mengukuhkan kekuatan-kekuatan kendirinya melalui aktiviti pencegahan. Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling adalah menjadi tugas bersama terutama semasa melaksanakan program dan aktiviti bimbingan di sekolah. Para guru, pihak sekolah, ibu bapa, dan rakan-rakan sebaya patut berkerjasama. Maklumat yang banyak perlu disebarkan kepada pelajar. Justeru itu kaunselor hendaklah mengenali diri pelajarnya dari memahami pelajar itu secara menyeluruh. Beberapa perkara yang perlu dikaji sebagai persediaan awal saya menghadapi tugas sebagai kaunselor di sekolah menengah seperti populasi di sekolah, perkembangan sedia ada kaunseling di sekolah berkenaan, masalah-masalah terdapat di sekolah, apakah peranan yang boleh mainkan sebagai seorang kaunselor dan kesan kehadirannya sebagai kaunselor di sekolah tersebut.
Populasi
Dari segi populasi warga sekolah menengah biasanya terdiri antara 800 hingga 2000 orang pelajar. Bagi sekolah menengah gred A mempunyai pelajar lebih 1200 orang, 80 orang guru dan 10 orang kakitangan. Sementara sekolah menengah gred B pula pelajar dalam lingkungan 800 orang hingga 1200 orang, guru 40 orang dan staf 6 orang. Pelajar sekolah menengah terdiri dari pelajar yang meningkat remaja dari umur 13 hingga 19 tahun. Sekolah harian biasa atau asrama penuh biasa mempunyai pelajar kedua jantina. Sekolah campuran atau satu jantina sahaja mempunyai permasalahan tersendiri yang perlu diselesaikan oleh seseorang kaunselor. Ini merupakan cabaran kepada kaunselor kerana pelajar sekolah menengah ini merupakan pelajar remaja yang mengalami perubahan psikologi yang mendadak menuju alam kedewasaan. Pelbagai masalah wujud di kalangan pelajar, guru dan staff di sekolah menjadikan kaunselor perlu berperanan sebagai orang tengah dan pencipta keharmonian di sekolah.

Perkembangan Semasa Bimbingan Dan Kaunseling Di Sekolah.
Langkah awal kaunselor ialah mempastikan bimbingan dan kaunseling telah berjalan di sekolah. Perlaksanaan bimbingan dan kaunseling telah berjalan atau belum, kemudahan bilik kaunseling, guru-guru kaunseling, jawatankuasa bimbingan dan kaunseling, pembimbingan rakan sebaya dan tahap pengetahuan mengenai bimbingan dan kaunseling di sekolah tersebut. Selalunya di sekolah menengah, bimbingan dan kaunseling sedia wujud tetapi cuma pengurusan adakalanya tidak sempurna kerana ketiadaan kaunselor yang berkelayakan.
Mengenalpasti Masalah-Masalah Yang Wujud. Kaunselor juga harus mengkaji masalah-masalah yang terdapat di sekolah supaya program kaunseling yang diatur memberi manfaat kepada warga sekolah dan masyarakat sekitar. Perancangan sesuatu program merupakan satu proses menentukan keperluan penerima. Di sekolah keutamaan hendaklah diberi kepada usaha-usaha memenuhi keperluan pelajar, disamping keperluan mereka yang mempunyai keperluan penting dalam masyarakat sekolah. Untuk itu saya perlu mempunyai maklumat yang lengkap supaya program yang saya atur benar-benar berkesan. ? Pengumpulan maklumat Penganalisisan maklumat perlu bagi dan penentuan jenis keperluan bimbingan dan kaunseling di sekolah. Sumber maklumat seperti kad 001 (M), surat pekeliling pentadbiran dan polisi kerajaan, profil guru-guru, inventori kemudahan sekolah, bahan-bahan bacaan dan rujukan, pakar rujuk dan kejadian yang berlaku di sekitar. ? Maklumat dikumpul secara pemerhatian, rujukan, tinjauan keperluan – meninjau pendapat Pengetua, guru, pakar-pakar perancangan pendidikan, ibu bapa dan pelajar
Peranan Peranan yang boleh dimainkan sebagai seorang kaunselor mestilah berlandaskan pengetahuan bimbingan dan kaunseling yang tepat supaya mampu menangani masalah di sekolah dan berjaya menghidupkan fungsi sebenar bimbingan dan kaunseling di sekolah menengah. American School Counselor Association (ASCA) telah menggariskan tanggungjawab profesional kaunselor sekolah seperti berikut:
1. Menolong penuntut untuk memahami dirinya dalam hubungannya dengan dunia sosial dan psikologi di tempat dia berada. Ini bermakna menolong penuntut untuk memahami sikap, minat, bakat, kebolehan, peluang-peluang untuk penyempurnaan kendiri dan hubungan-hubungan di antara yang tersebut di atas.
2. Menolong penuntut untuk bertingkahlaku yang sesuai dengan bakat, minat, sikap, kebolehan dan peluang untuk penyempurnaan kendiri.
3. Menolong penuntut mencapai keperluan untuk mengembangkan keupayaan membuat keputusan sendiri.
4. Membantu semua kakitangan sekolah untuk memahami perlunya orang perseorangan dan memberi maklumat tambahan dan bantuan perundingan bertujuan untuk membantu supaya lebih memahami lagi tentang penuntut.
5. Menentukan atau mempastikan pengaruh program sekolah ke atas pelajaran perkembangan psiko-sosial penuntut dan menyampaikan maklumat untuk kakitangan lain.
6. Memberitahu kakitangan yang lain tentang perubahan-perubahan yang signifikan di sekolah yang memberi kesan dengan perkembangan program yang berkaitan.
7. Membantu ibu bap untuk memahami kemajuan pengembangan anaknya, keperluan-keperluannya dan peluang-peluang lain sekelilingnya; bertujuan untuk menambahkan kebolehan memberi sumbangan kepada perkembangan anak mereka sendiri.
8. Membuat interpretasi kepada komuniti pentingnya hal bertimbang rasa untuk individu dan memberi sumbangan kepada program kaunseling sekolah.
9. Membantu melancarkan di dalam masyarakat peluang-peluang lain yang perlu untuk perkembangan penuntut.
10. Mengguna atau membantu melancarkan rekabentuk sumber-sumber masyarakat bagi memenuhi segala keperluan penuntut yang ekstrem atau yang tidak lazim serta luar tanggungjawab sekolah.

Rancangan
Antara rancangan-rancangan aktiviti yang boleh dilakukan sebagai seorang kaunselor di sekolah menengah ialah :
A. Mengemaskinikan stuktur organisasi perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah. Dengan kerjasama pentadbir dan kemudahan kakitangan guru yang ramai di sekolah menengah, kaunselor akan menyusun struktur organisasi bimbingan dan kaunseling seperti pelarasan tugas dan pengendalian program bimbingan dan kaunseling di sekolah menengah di Malaysia.
B. Menggerakkan semua tenaga di sekolah. Sebagai kaunselor di sekolah menengah ia berperanan menggerakkan semua tenaga pentadbir, guru, kakitangan sekolah dan pelajar sendiri bagi menjayakan aktiviti bimbingan dan kaunseling di sekolah. Aktiviti bimbingan dan kaunseling dapat berjalan dengan lancar sekiranya kaunselor mendapat kerjasama yang baik dari semua pihak tersebut termasuk masyarakat luar sekolah dan ibu bapa. Jika pihak di atas tidak memahami peranan masing-masing adalah menjadi tanggungjawab kaunselor untuk menerangkan kepada mereka.
Pengetua adalah kunci utama dalam menentukan berjaya atau gagalnya program bimbingan dan kaunseling di sekolah. Pengetua bertanggungjawab memberi kepemimpinan yang berkesan; menyediakan kakitangan, peruntukan, kewangan dan kemudahan, menyokong guru-guru mewujudkan program bimbingan dan menggalakkan pelajar menggunanya, dan memberi maklumat kepada masyarakat tentang program ini melalui Persatuan Ibu Bapa dan Guru. Kerjasama kaunselor dan pengetua lebih menjelaskan kepada warga sekolah atau masyarakat fungsi bimbingan dan kaunseling di sekolah.
Pembantu kaunselor ialah guru terlatih yang telah menerima pendedahan kaunseling. Bantuan mereka adalah penting dalam melaksanakan program bimbingan dan kaunseling di sekolah. Mereka boleh melaksanakan tugas-tugas bagi membantu kaunselor seperti senarai di bawah:
1. Membantu mengendalikan inventori individu dan rekod.
2. Membantu dalam perkhidmatan memberi maklumat.
3. Membantu dalam perkhidmatan bimbingan kelompok.
. Membantu dalam perkhidmatan kaunseling.
5. Membantu dalam program perkhidmatan penempatan penuntut.
6. Membantu program pencegah salah guna dadah.
7. Membantu dalam perkhidmatan perundingan dan rujukan. 8. Membantu dalam perkhidmatan penyelarasan resos.
9. Membantu dalam perkhidmatan penilaian.
10. Menjadi guru penasihat Kelab Bimbingan. Mereka juga boleh membuat tugasan lain seperti membuat pesanan dan membuat stok bahan-bahan bimbingan, membantu menghasilkan bahan-bahan bimbingan seperti poster-poster dan mengurus alat pandang dengar di bilik bimbingan jika ada. Ia dapat meringankan beban tugas kaunselor di sekolah menengah.
Guru-guru lain di sekolah juga memainkan peranan penting dalam kegiatan bimbingan yang sebenar di dalam kelas. Mereka selalu berada dalam situasi yang membolehkan wujudnya hubungan yang erat dan mesra dengan pelajar. Hubungan guru yang lebih mesra di dalam kelas membantu kaunselor menangani masalah pelajar dengan lebih berkesan dan menyeluruh.
Peranan Pembimbing Rakan Sebaya penting berdasarkan andaian psikologi remaja bahawa anak-anak belasan tahun berpaling kepada kelompok sebaya untuk mendapat sokongan emosi. Sebagai kaunselor saya perlu melibatkan pelajar yang dipilih diberi latihan untuk membantu menggerakkan perkembangan diri yang berkesan dan sistematik di kalangan rakan-rakan serta menolong mereka membina kemahiran menghadapi sebarang desakan. Pembimbing rakan sebaya bukan individu yang memberi nasihat dan menyelesaikan masalah orang lain. Dia adalah seorang pendengar yang peka dan menggunakan kemahiran-kemahiran berkomunikasi untuk menolong rakan mereka.

C. Perkhidmatan Sebaran
Perkhidmatan ini merupakan satu proses atau tindakan mengiklankan sesuatu barangan atau perkhidmatan. Tujuannya untuk membuat publisiti tentang barangan atau perkhidmatan tersebut dengan harapan supaya masyarakat menggunakannya. Proses atau tindakan ini boleh dilaksanakan melalui media bertulis , media elektronik dan secara lisan. Terdapat dua kaedah untuk melaksanakan perkhidmatan sebaran di sekolah-sekolah.
1.Secara langsung atau bersemuka, melalui: Ceramah, Perhimpunan Mingguan, Mesyuarat Guru, Persatuan Ibubapa Dan Guru (PIBG), Majlis Bimbingan Daerah, Hubungan Personal dengan Ketua Kelas, Kelab Bimbingan dan Kaunseling.
2. Secara tidak langsung atau tidak bersemuka, melalui Poster , Risalah, Pemeran, Majalah Sekolah , Kad-Kad Perkhidmatan, Penerbitan-penerbitan Kelab atau Persatuan, Radio Sekolah.

D. Menjalankan program-program bimbingan dan kaunseling yang terancang seperti di bawah:
a. Bimbingan Perkembangan Personaliti- kaunselor berperanan menentukan agar pelajar menanam perasaan dan kepercayaan bahawa dirinya berkebolehan dan dihargai. Kaunselor juga bertanggungjawab menyebarkan maklumat tentang tingkat-tingkat perkembangan individu, dan maklumat untuk memahami tingkah laku remaja. Program atau kursus motivasi, kemahiran berkomunikasi dan perkembangan konsep kendiri dianjurkan.

b. Bimbingan Perkembangan Kerjaya- Kaunselor berperanan menyediakan pelajar dengan dunia pekerjaan. Kaunselor menyusun dan melaksanakan program-program seperti kursus kerjaya, lawatan kerjaya dan latihan temuduga untuk membolehkan palajar mempelajari hal-hal diri supaya pilihan bidang kerjaya yang sesuai dapat dibuat. Kaunselor bertanggungjawab mengumpul maklumat berkenaan kerjaya serta peluang-peluang pengajian tinggi dan latihan yang diperlukan.

c. Bimbingan dan Perkembangan Pembelajaran- Pelajar diberi bimbingan untuk menjaga prestasi pencapaian akademiknya. Kaunselor berperanan memotivasikan pelajar-pelajar yang kurang yakin tentang kebolehan diri, yang sengaja menggagalkan diri dan yang telah berputus asa dengan pencapaian akademik mereka. Kaunselor juga berperanan dalam membimbing pelajar memperoleh kemahiran belajar, cara-cara mengawal tekanan, kemahiran mengurus masa dan teknik belajar berkesan dan menjawab peperiksaan. Khemah atau perkampungan akademik biasanya dibuat di luar sekolah untuk memberi persekitaran yang lain kepada pelajar dan bukan persekitaran sekolah yang mereka anggap membosankan.

d. Bimbingan Penyesuaian Diri- kaunselor berperanan memberi persediaan kepada pelajar menyesuaikan diri dengan keadaan yang baru. Minggu Siratulrahim diperkenalkan kepada pelajar tingkatan satu selama seminggu dan Minggu Pengurusan kepada pelajar tingkatan empat. Tujuannya supaya pelajar dapat menyesuaikan diri dengan sekolah, persekitaran, budaya dan pelajaran-pelajaran baru.

e. Bimbingan Tingkah laku – kaunselor di sekolah menengah selalu dimintakan menyelasaikan masalah disiplin pelajar. Pihak disiplin sekolah menolak pelajar yang melakukan kesalahan disiplin berulangkali kepada kaunselor untuk diselesaikan. Melalui kaunseling individu atau kelompok pelajar berkenaan diminta mengubah sikap mengikut peraturan sekolah.

f. Perkhidmatan Kaunseling- Kaunselor memberi perkhidmatan bimbingan dan kaunseling secara individu atau kelompok. Ini bertujuan untuk membolehkan pelajar memahami keadaan dan memperolehi keupayaan untuk bertindak mengatasi ketidakselesaan yang dialaminya. Selain itu juga perkhimatan kaunseling juga memberi perkhidmatan pakar runding kepada guru-guru yang sentiasa menghadapi isu-isu berkaitan dengan tingkahlaku pelajar, perhubungan pelajar dan hal-hal perkembangan personaliti pelajar-pelajar di sekolah.

Aktiviti-aktiviti/Program Tahunan
Terdapat empat objektif am dalam menjalankan program yang saya rancang. Pertama memberi khidmat penyuburan dan pengkayaan yang meliputi semua aspek seperti bakat, kepimpinan, kemahiran, personaliti dan sebagainya. Objektif kedua pula ialah memberi khidmat pencegahan seperti salahlaku, tidak berdisiplin dan penyalahgunaan dadah. Objektif ketiga ialah pembaikan dan pemulihan seperti mengalami masalah peribadi, pelajaran dan sosial serta objektif terakhir ialah memberi khidmat kaunseling krisis.
Program yang dirancang ialah:
1. Pendedahan Unit Bimbingan Kaunseling - memberi penerangan secara ringkas peranan unit ini dan guru-guru yang terlibat. Tujuaannya ialag supaya pelajar mengenali dan pengetahuan peranan tersebut dan memblehkan mereka mendapat manfaatnya. Program ini dijalankan semasa Minggu Orientasi Tingkatan Satu. Ibu bapa juga akan diberi taklimat dalam program ini.
2. Program Didikan Kasih dan Mesra - pengisian program ini ialah dengan memberi ceramah agama, penerangan tentang akademik, pemainan dan kauseling dan permainan di padang. Ini memupuk hubungan yang baik di antara guru dan pelajar-pelajar di samping mengembangkan bakat pelajar.
3. Kaunseling Individu - menjalankan proses kaunseling kepada pelajar yang mempunyai masalah sama ada mereka datang sendiri ataupun yang dirujuk oleh guru lain. Masa program ini aldah berterusan sepanjang tahun.
4. Kaunseling Kelompok - menjalankan proses kaunseling secara berkelompok kerana mempunyai masalah yang sama. Perkara yang umum dibincangkan ialah pemilihan aliran dan elektif, hubungan dengan rakan sebaya, masalah pelajaran dan sebagainya.
5. Minggu Kerjaya - mempamerkan maklumat mengenai kerjaya seperti, kelayakan, tempat latihan, prospek dan sebagainya. Faedahnya, pelajar mengetahui perkara yang seharusnya mereka lakukan untuk mencapai kerjaya yang diidamkan.
6. Kempen Sekolahku Rumahku - Memupuk semangat cintakan sekolah. Ini menggalakkan pelajar menjaga kebersihan, mengindahkan dengan dengan pokok-pokok bunga dan mural. di samping dapat mengurangkan sikap vandalisme seperti memecah meja dan kerusi, mencuri harta dan merosakkan pagar sekolah.
7. Kegiatan Seni Anti Dadah - Membuat persembahan kebudayaan yang bertemakan anti dadah. Contohnya ialah mengadakan pertandingan deklamasi sajak, boria, dikir barat, kuiz, pertandingan melukis poster dan lain-lain.
8. Menyimpan rekod - menyedia dan menyimpan rekod peribadi pelajar untuk kegunaan kaunselor, guru kelas dan pentadbir sekolah
9. Program Motivasi PMR dan SPM - program yang dijalankan untuk membantu pelajar menghadapi peperiksaan. Ini bertujuan meningkatkan kesedaran di kalangan pelajar akan kepentingan peperiksaan dan tindakan yang sewajarnya mereka ambil untuk menghadapi peperiksaan .
10. Bengkel Teknik Menjawab Soalan SPM - Mendedahkan kepada para pelajar teknik menjawab soalan peperiksaan dengan betul.
11. Program Selepas PMR - Menjalankan pelbagai pertandingan seperti sukan dan permainan, pertandingan syarahan, nasyid, kuiz, deklamasi sajak ceramah teknik dan vokasional, kesihatan, undang-undang jalanraya dan sebagainya.
Sebagai kaunselor seharusnya mengambilkira perkhimatan kaunseling merupakan satu perkhidmatan yang profesional, maka kaunselor haruslah mengikuti prinsip-prinsip dan etika tertentu semasa berurusan dengan klien, guru-guru dan pentadbir. Menurut Roeber, Smith dan Erickson (1955), panduan-panduan di bawah boleh digunakan oleh kaunselor semasa menjalankan tugas mereka di sekolah.

Kod etika Kaunselor/Guru Bimbingan
1. Seorang kaunselor, dalam menghormati martabat setiap klien memberi kepadanya taat setia. Guru bimbingan menerima tanggungjawab untuk menjaga perhubungannya yang rahsia dengan kliennya
2. Seorang kaunselor akan menerima sesiapa sahaja yang datang untuk mendapat bantuan daripadanya. Namun begitu dia tidaklah sampai membenarkan permintaan terhadap perkhidmatannya itu boleh mengurangkan kualiti perkhidmatannya.
3. Seorang kaunselor secara aktif memperkembangkan konsep kaunseling sebagai kerjaya. Beliau cuba mengelakkan mereka yang tidak berkemampuan daripada menjalankan kaunseling. 4. Kaunselor patut mendapat kerjasama dan bantuan daripada kakitangan dan pentadbir lain untuk menyediakan perkhidmatan kaunseling yang diperlukan oleh sekolah.
5. Jika perlu, kaunselor hendaklah merujuk klien kepada pihak yang sesuai. Jika ini dilakukan, kaunselor perlulah selalu membuat rujukan untuk mempastikan klien tersebut menerima kaunseling berterusan.
6. Sebagai salah seorang kakitangan sekolah, kaunselor hendaklah menerima tanggungjawab melaksanakan tugas-tugas lain secara umum. Jika tugas tersebut mencampuri tugasnya sebagai kaunselor, kaunselor boleh menolak tugas itu dengan bijaksana.
7. Kaunselor perlu untuk terus berkembang dari segi kerjayanya. Dia hendaklah berusaha menambah pengetahuannya untuk membaiki lagi perhidmatannya.
8. Kaunselor mencari dan mendapat pekerjaan berdasarkan kelayakan.
9. Kaunselor perlulah mengekal hubungan aktif dalam kumpulan atau kumpulan-kumpulan profesional yang lain.
10. Kaunselor perlu melibatkan diri secara berterusan dalam penyelidikan untuk pertumbuhan peribadinya atau perkembangan kerjayanya.
11. Kaunselor patut menilai kerja-kerjanya dari semasa ke semasa.

Masalah-Masalah
Sebagai kaunselor seharusnya mengambil tahu masalah-masalah yang mungkin dihadapi yang menghalang perlaksanaan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah menengah. Walaupun dipercayai guru yang dipertanggungjawabkan sebagai guru bimbingan atau kaunselor mampu menjalankan tugas dengan baik, tidaklah dapat dinafikan kaunselor akan menghadapi pelbagai rintangan dalam melaksanakan tugasnya. Mengenalpasti masalah yang bakal dihadapi dapat membantu saya sebagai kaunselor menghadapi rintangan dengan mudah supaya segala perancangan yang dicadangkan dapat berjalan dengan lancar.
Antara masalah yang dihadapi bagi menjalankan program kaunseling di sekolah menengah:

Proses perlantikan.
Pada peringkat awal dahulu kuasa melantik guru bimbingan adalah di tangan pengetua sepenuhnya. Sekarang ini kaunselor adalah terdiri dari guru-guru terlatih dalam bidang kaunseling. Ia merupakan jawatan pangkat yang dibayar elaun. Namun demikian jawatan kaunselor sepenuh masa ini, tidak dapat dipenuhi di semua sekolah menengah. Jadi kaunselor terlantik atas budi bicara pengetua. Adakalanya terdapat guru yang tidak berminat dengan jawatan kaunselor dan menganggap ia sebagai satu bebanan. Ini menjadikan proses bimbingan dan kanseling tidak dapat berfungsi dengan baik. Guru-guru bimbingan yang membantu kaunselor juga terdiri dari guru yang tidak terlatih untuk memainkan peranan sebagai kanselor. Jadi mereka menganggap ia merupakan beban tugas kepada mereka, menjadikan tugas yang sepatutnya membantu tidak dilakukan.

Guru Berpengalaman.
Holden (1971) mencadangkan pengalaman mengajar harus diambil kira apabila seseorang guru itu hendak dilantik sebagai kaunselor. Lima tahun pengalaman mengajar merupakan satu cadangan yang baik, kecuali guru itu menunjukkan ciri-ciri personaliti yang istimewa dan mempunyai kualiti yang jelas boleh menjadi guru bimbingan yang baik. Masalahnya terdapat sekolah yang memberi tugas guru bimbingan yang membantu kaunselor adalah guru-guru baru. Jadi kaunselor agak bermasalah untuk melantik guru-guru pembantu menyelesaikan masalah pelajar.

Latihan Profesional.
Latihan profesional yang berkaitan seperti latihan dalam bimbingan dan kaunseling, komunikasi atau psikologi adalah merupakan asas yang penting untuk memilih guru bimbingan. Ada antara pengetua yang percaya bahawa guru-guru yang berminat boleh dilantik dahulu, kemudian barulah diberi latihan, tetapi latihan mesti ada (Mizan 1987). Jadi guru bimbingan atau pembantu kaunselor sepatutnya mendapat latihan juga. Kaunselor hanya mampu memberi kursus dalaman, ini tidak mencukupi kepada guru-guru pembantu untuk bertindak memberi perkhidmatan kaunseling.

Umur Kaunselor.

Ada berbagai-bagai pendapat tentang umur yang sesuai untuk menjadi kaunselor. Mizan (1987) mendapati pengetua sekolah bandar merasakan guru-guru muda dan cergas adalah lebih sesuai untuk menjadi kaunselor. Ini adalah kerana kurangnya jarak umur antara kaunselor dengan pelajar. Keadaan ini membolehkan kaunselor memahami pelajar dengan lebih baik dan mengurangkan jurang antara generasi. Hal ini akan lebih menimbulkan rasa empati, jika jarak umur jauh guru hilang rasa empati kerana rasa ketinggalan dengan dunia remaja ini.


Pengetua sekolah menengah luar bandar pula merasakan guru dewasa adalah lebih baik dilantik menjadi kaunselor kerana ia dapat mengganti “bapa atau ibu” yang diprlukan oleh pelajar. Masalahnya pula akan menjadi penghalang bagi pelajar-pelajar yang mempunyai masalah dengan ibu bapa mereka sendiri. Keadaan persamaan lingkungan umur antara kaunselor dengan ibu bapa menjadikan berlaku satu reaksi emosi pelajar seolah-olah terasa kaunselor sebagai ibu bapa yang sedang mereka tentang, timbulkan perasaan menolak kaunselor itu.


Etnik. Kumpulan etnik juga harus diambil kira. Walaupun kita telah merdeka lebih 40 tahun, keutuhan budaya bagi setiap etnik itu masih kekal. Banyak perkara yang berlaku dalam kumpulan etnik itu tidak difahami oleh kumpulan etnik yang lain. Oleh itu bagi sekolah-sekolah yang mempunyai pelbagai kaum/etnik, guru-guru pembantu kaunselor yang dilantik haruslah dari ketiga-tiga kumpulan etnik yang besar ini. Perbezaan etnik antara kaunselor dengan pelajar akan menimbulkan masalah perbezaan ruang rujuk yang akan menjejaskan kefahaman dan kurangnya rasa empati di kalangan kaunselor dan pelajar.


Jantina. Walaupun bagi kebanyakan pelajar, jantina guru jarang dipersoalkan. Tetapi, dalam budaya kita, faktor ini harus diambil kira juga. Contohnya, bagi pelajar perempuan terdapat perkara yang agak sulit yang hanya selesa dibincangkan dengan guru perempuan sahaja; begitu juga sebaliknya dengan pelajar lelaki.


Pelajar tidak mengunjungi kaunselor. Pelajar menganggap kaunselor seperti guru-guru lain. Pelajar sering menganggap guru sering mencari kesalahan atau orang yang perlu dihormati. Jadi mereka tidak mahu pergi ke bilik kaunseling atau berjumpa dengan kaunselor. Kaunselor semestinya mempunyai sikap yang mesra dengan pelajar dan sering mengambil peluang menjelaskan kepada pelajar semasa perhimpunan mingguan mengenai perkhidmatan yang disediakan oleh kaunselor. Kaunselor semestinya merancangkan supaya dirinya dan bilik kaunsleng suatu tempat yang mesra dan mudah bagi pelajar. Jika tidak pelajar tetap tidak melayani perkhimatan yang diberikan.

Itulah antara masalah yang dihadapi oleh kaunselor di sekolah menengah. Masalah lain seperti tempat, pengurusan bimbingan dan kanseling di sekolah tidak harus wujud jika kaunselor benar-benar memainkan peranannya di sekolah.


Bilik Bimbingan Dan Kaunseling

Keberkesanan kaunseling bergantung juga pada keadaan dan tempat kaunseling itu dijalankan. Satu temuduga kaunseling tidak boleh dijalankan di bilik guru, di kantin, di bawah pokok ataupun di dalam kelas. Sesi ini mestilah diadakan di suatu tempat yang khas, walaupun tidak istimewa. kaunselor mesti mempastikan terdapat satu bilik khas bagi menjalankan sesi temuduga supaya tugas sebagai kaunselor dapat berperanan sebagai guru bimbingan yang berkesan. Jika masih tidak terdapat bilik bimbingan dan kaunseling kaunselor perlu berbincang dengan pihak pentadbir sekolah bagi menyediakan bilik bimbingan dan kaunseling di sekolah tersebut.


Penutup

Peranan kaunselor di sekolah amatlah luas dan memerlukan kemahiran, masa dan dalam banyak keadaan, wang ringgit. Kaunselor akan dapat menjalankan tugas-tugas dengan berkesan jika diberi peluang untuk mengemukakan cadangan, peruntukan waktu dan sokongan dari seluruh kakitangan. Jika mereka diberi beban tugas yang lain, kemungknan besar mereka tidak dapat menjalankan khidmat bimbingan dan kaunseling di sekolah sebagaimana sepatutnya.


Balas Dendam.......Ish-ish..elakkan lah ya.....


Peringatan untuk diri sendiri dan rakan-rakan....bulan puasa..macam-macam kehendak yang hendak di penuhi. Tengok sahaja di bazar Ramadhan, air saja dah macam-macam...tekak pula mula meminta itu dan ini...nafsu semua tu....huhuh...kadang-kadang kita memang tak dapat kawal. Dengan keadaan lapar, semua hendak di masuk dalam mulut. Di mana keperluan dan di mana kehendak ni....maka di bulan mulia ini, saya ingin menyeru kepada semua rakan- rakan agar saling kita mengingati antara satu sama lain agar sifat membazir tidak berlaku. Konsep

' besederhana' salah satu amalan yang baik.


Semua orang ada nafsu. Nafsu adalah rahsia kekuatan manusia untuk meneruskan kehidupan didunia ini. Tanpa nafsu putaran kehidupan manusia akan terhenti.
Nafsulah yang mendorong kita berkerja kuat untuk mengumpul harta, mendapatkan keududukan tinggi, beranak pinak, mempertahankan diri dari ketakutan, berlindung dari sebarang ancaman dan sebagainya. Mencapai kenikmatan dan kepuasan dalam semua aspek kehidupan disebut “zinatul al hayati ad dunya”, kelengkapan hidup di dunia....apa yang aku tulis ini hanyalah sekadar kata-kata yang terlintas dan juga sedikit pembacaan. Jika ada kekurangan, aku mohon maaf, namun jika ada manfaat, kita amalkan bersama-sama....wallahua'lam
ASSALAMUALAIKUM......
Lewat petang ini aku mula menyibuk-nyibukkan diri setelah selesai aktiviti memasak untuk berbuka selesai...penat sangat hari ni....tapi masih sempat untuk aku menunaikan kewajipan aku dengan memenuhkan keperluan fisiologi aku...ehehhe. Pagi tadi aku terdengar secara kebetulan kata - kata yang di petik Dr Fadzilah Kamsah iaitu :-

“Program minda/cuci minda – Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati: Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif. Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya.”

Cuba kita tengok dan lihat, guna mata hati yang Allah berikan...hati yang bersih memancarkan gelombang positif yang amat kuat, lantas mempengaruhi orang sekeliling dan situasi-situasi menjadi positif sama. Sebaliknya, hati yang kotor akan memancarkan gelombang negatif yang amat kuat, menukarkan orang-orang sekeliling menjadi negatif juga membuat situasi-situasi pada saat kita berada tu menjadi negatif. Kesannya, kita jadi murung, tertekan, tiada kegembiraan dan menjalani hidup penuh dengan tekanan.
Nak bahagia, nak berjaya, nak gembira, kita perlu ubah persekitaran kita menjadi positif. Kita boleh ubah semua tu bermula dengan rajin-rajinkan diri mencuci hati simply dengan memprogram minda 7 saat sebelum kita tidur...hehehe aku rasa macam ada kaitan dengan teori TERAPI TINGKAHLAKU jer...manusia itu kosong (TABULARASA)...yang mencorakkannya adalah persekitaran dari dia kecil sehingga dia besar...maka jadi lah manusia tu..