Friday, December 16, 2011

SIAKAP SENOHONG GELAMA IKAN DURI..HAA..SAMBUNG2..JANGAN TAK SAMBUNG..EHHEHEHE

SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA WARGA BLOG..NAK KONGSIKAN DENGAN WARGA BLOG RESEPI IKAN SIAKAP PADA HARI NI...TADDAAA..


SIAKAP BAKAR BEREMPAH WOKU

(*note: RYN amBIL DARI bLOG kAK AZLITA AZIZ)
Sumber: Majalah Sedap
Copy dari : KAK ITA, TETAPI RESEPI
Kak Ummi


Bahan:- (untuk seekor ikan)

  • 2 ekor (550 gm) ikan siakap - dikelar-kelar
  • 2 sudu teh air perahan limau nipis (*akak guna limau kasturi jek)
  • 1 sudu teh garam

Lumur ikan siakap dengan limau nipis dan garam. Perapkan 15 minit. Bersihkan dan ketepikan.

  • 8 helai daun limau purut - buang tulangnya dan hiris halus
  • 4 helai daun pandan - hiris halus
  • 2 helai daun kunyit - hiris halus
  • 3 batang serai - ambil putihnya dan hiris halus
  • 5 tangkai selasih - diambil daunnya (*RYn tak letak pon)
  • 2 biji tomato merah - potong dadu
  • 250 ml air
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 sudu teh gula pasir
  • 2 tangkai daun bawang - dipotong-potong (*xder stock.hehe)
  • 3 sudu makan minyak masak untuk menumis

Bahan Kisar:-

  • 12 biji bawang merah
  • 7 biji cili padi merah (akak guna yg biasa je, campur2)
  • 5 biji buah keras - bakar kejap
  • 3 cm kunyit hidup - bakar
  • 2 cm halia

Cara Memasak:-

1. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan kisar, daun limau, daun pandan, daun kunyit dan serai sehingga terbit aroma.

2. Masukkan tomato dan kacau hingga layu.

3. Masukkan air, gula pasir dan garam. Masak sehingga matang dan mendidih.

4. Masukkan daun selasih dan ikan siakap. Masak sehingga kuah menyerap.

5. Ikan siakap ryn goreng secara separuh masak (rumah sewa student, mana ada oven.hehhe) kalau resepi betul kene bakar macam kat bawah ni...

# Sediakan alluminium foil yang telah digriskan sedikit minyak dan letak angkat ikan tadi di atas alluminium foil.

*Tuangkan juga semua kuah pekat tadi rata-rata menyaluti ikan.
Bakar selama 30 minit dengan suhu ketuhar 180C sehingga ikan masak.

6. Tuangkan juga semua kuah pekat tadi rata-rata menyaluti ikan.

7. Bakar selama 30 minit dengan suhu ketuhar 180C sehingga ikan masak.

8. Hidangkan bersama pelengkapnya dan bahan taburan cili padi hiris.

9. Selamat mencuba....terima kasih kak ita..resepi sedap..terima kasih kak ummi....(^_____^)


bentang dapatan kajian

COMELNYA DIA...HUHUHU NABILAH





Assalamualaikum dan salam sejahtera salam hari jumaat...heheh...lama tak update blog..kan..


Bermula Rabu - Jumaat. (14 Dis-16)

Serius ler Ryn cakap, minggu ni ler stdnt2 Bimbingan dan Kaunseling tak senang duduk, tak selere makan, tido tak lena, semua tak kene...
ha2. Minggu ni bentang dapatan kajian. Pengalaman melihat rakan-rakan bentang dptan kajian diorg mmg best. Menambah ilmu pengetahuan di dada..he2. Adat lah, kalau kene tembak ngn pensyarah kan...tapi di saat kene tembak tu lah kesian sgt..walaubagaimanapun, kita kene berfikiran Positif, bukan negatif. Semua yang di tegur bukan untuk memalukan diri kita, tetapi jadikan ia sebagai Bonus untuk kita perbaiki kelemahan yang kita ada. Kita kene akui, bahawa mereka lagi pakar berbanding kita. Adat orang belajar, kesilapan yang di tegur haruslah di ambil untuk kita berhati-hati dan banyak kan lagi berfikir, apa sebab kita salah.

Cuba cari jalan penyelesaian...huhuhu...macm2 kajian y
ang telah di buat oleh rakan. Tahniah...semua nya ryn lihat terbaik. Bukan apa, mereka juga bertungkus lumus berlajar bagaimana hendak melakukan penulisan ilmiah yang terbaik. Pensyarah tok sah nak cakap la...banyak sangat membantu, berkongsi ilmu, masa sem akhir macm ni lah detik-detik kenangan yang sukar hendak ryn dan rakan-rakan lupakan.
Mohammad Faris- selaku Ketua pemimpin Group Empati..


Teringat ryn kisah kami masa sem 1. Hingusan lagi kot..budak lepasan Stpm N matrik..biasalah..perangai macam budak-budak. 1
03, setiap kali perjumpaan..maka ramai lah budak2 group EMPATI memenuhi dewan atau perkarangan bagi membuat perjumpaan. Seronok juga, time g Lubuk Kelah, masa tu lah group ini di namakan EMPATI oleh Encik Md Noor. Kekal sampai sekarang...isshhh..susah nak cakap, 103 orang ni, ada kenangan bersama rakan-rakan. Pergi sg Chiling, Melaka, Picnic Di sg Samak, Uiihh..ibarat adik beradik 103 orang ni...Ryn doakan, agar perhubungan yang erat antara rakan-rakan Group Empati Ini kekal sampai bila2.





Sekiranya kita berpisah, Mohammad Faris, atau YDP UPSI yang sebenarnya kawan Ryn Juga dan asalnya budak Group eMPATI ,mohammad Afiq Fikri Bin Mislan, buatlah REUNION...huhu..mesti sangat seronok. Hidayah jamaluddin bawak anak yang comei, pn ima khairuddin juga, pn tini...uiihh ramai lagi kot pas belajar ni nk kawen..papehal pon..semoga di permudahkan olehNYa..heehhe..rakan -rakan lain bawa suami..pasti semua tu berlaku..aduhai...best nyer...Konvo bulan 7 ni...tu sangat2 lah meriah, sebab, 103 orang akan berkumpul lagi buat kali kedua. Macam nak berfikir tak rasional pulak, kenaoa perlu perpisahan??? ha2...lumrah la kan..setiap pertemuan di akhiri dengan perpisahan..


Tuesday, December 13, 2011

PEMBENTANGAN DAPATAN KAJIAN- TESIS BG PELAJAR SEM 8 BIMBINGAN DAN KAUNSELING BERMULA RABU 14 NOV-JUMAAT 16 NOV...

Assalamualaikum warga blog...meninggalkan blog sekejap kerana ryn bz menyiapkan laporan untuk di hantar dengan doc Nasir Bistamam.. Baru jer berjumpa dengan beliau dan kami berbincang mengenai bab 4 untuk pembetulan dan bab 5. Serius ler ryn cakap, mmg buat tesis ini stress, tapi bila di selam dan semakin hampir berjaya kita menyiapkan tesis, perasaan stress itu semakin beransur hilang...mengapa perlu tesis??? tesis inilah melambangkan kesarjanaan pelajar-pelajar. Jadi buatlah betul-betul ya...tesis ni. Jika ada rezeki, dapat buat lagi sekiranya ambil master..(^__^). Minggu ni sangat bz start esok, sebab arahan dari Doctor JAZIMIN JUSOH, semua pelajar wajib hadir untuk menjadi penonton mngikut jadual yang telah di tetapkan..tadaaa....6 kali kehadiran yang perlu ryn datang...semestinya wajib. Tak kira siang dan malam sem 8 akan berakhir tidak lama lagi...sekarang ni minggu 13 dah kot...minggu depan minggu 14. lepas tu stdy week dah nk ngadap final exam..banyak urusan yang perlu ryn uruskan ni...hohoho..tidak mengapa..semua ni akan berjalan dengan baik.InsyaAllah...bila ya ryn nak pos lagi pic makanan dan resepi????? ok..hari ni rasanya nak share petua2 di dapur untuk anda semua...
PETUA DAPUR -(SELINGAN)-sumber gambar dari ehsan PAK GOOGLE
Hancurkan Biji Cili Semasa Blnder



gambar- sumber pak google
Sekiranya anda mahukan cili kering yang cantik dan bijinya tiada, cuba anda lakukan sebegini. mula-mula gunting cili kering tersebut. Kemudian anda rebus. Setelah itu, anda basuh dalam bekas jarang yang berlubang-lubang, jadi bila anda basuh, biji cili akan terkeluar. Tidak semua biji cili terkeluar bukan? maka yang lebih itu mesti banyak lagi. Masukkn dalam blender, dan jagn lupa masukkn 1 sudu minyak masak. Minyak masak ini membantu untuk menghancurkan biji cili kering tersebut.
selain dari cili kering, cili api pon boleh guna kaedah ini. ataupun sekiranya anda mahu blnder jintan manis, jintan putih, ketumbar yang di campur dengan bawang untuk menumis ker, anda boleh letak minyak masak sedikit...

Kerang senang di kopek.





sumber gambar -pak google
Anda basuhkan dulu kerang tersebut bersih-bersih. Masukkn dalam periuk, dan isikan air. jangan banyak air, skit sahaja sekurangnya dalam 1 mgkuk. Kemudian masukkn 2 sudu minyak masak. Hasilnya, kulit kerang akan terbuka sendiri, dan memudahkan anda mengutip isi kerang kerana hampir semua kerang2 tu akan terbuka cengkerangnya...

Daging lembu cepat empuk





sumber gambar-pak google
baiklah, di sini ryn pernah dengar macm-macm petua. Sekiranya nak empukkn daging lembu. ada yang ryn pernah dengar letakkn sebiji panadol. hhuhuhu....yang ini ryn tak pernah cuba. Tapi pernah dengar orang cakap, sllunya org akan buat masa kenduri. ok, yang kedua, setengah orang masa nak rebus daging lembu tu, letak satu sudu besi yang biasa kita guna tu dalam rebusan daging. seterusnya, ada juga pengetua yang mengatakan gunakan akar pandan untuk melembutkan daging lembu. dan yang last sekali, ryn dengar dan aplikasi, nak rebus daging lembu supaya empuk kene letak sedikit beras pulut semasa rebus....ha...mmg lembut. jadi sekiranya anda semua pernh dengar petua-petua ini, yang mana berkesan boleh lh anda gunakan...untuk memudahkan kerja....

Nasi Mentah



sumber gambar-pak google
pergghh..yang ni mmg kadang2 pernah terjadi. Ya lah..sekali sekala bila masak nasi..banyak benor pikiran, sehinggakan lupa pulak nak sukat air nasi. Ok lah, anda bila tgk nasi anda keras, atu mentah, cuba cari cawan letak air kat tengah2 nasi dan pastikan api kecil tau. Sebelum tu lubangkan di tengah-tengah nasi, bru masukkn cawan yang berisi air sejuk. tutup periuk tersebut. tetapi pastikan tutup periuk itu anda basuh dahulu, supaya sejuk. bila dah sejuk, barulah tutup periuk yang ada air di dalamnya...

Peria Pahit


sumber gambar-pak google dari blog kebun malay kadazan girls
Ryn sgt suka mkn sayur peria. Kalau nk kurangkan rasa pahit peria, potong nipis-nipis, kemudian rendam dengan garam setengah sudu. ramas-ramas biar air yang warna hijau itu keluar. biarkan dalam 10 minit...kemudian, boleh tos dan basuh bersih.

Sunday, December 11, 2011

Today My Life Begins Lyrics

(^_____^)...ryn sgt suke lgu ni.....

i've been working hard so long
seems like pain has been my only friend
my fragile heart's been done so wrong
i wondered if i'd ever heal again

ohh just like all the seasons never stay the same
all around me i can feel a change (ohh)

i will break these chains that bind me, happiness will find me
leave the past behind me, today my life begins
a whole new world is waiting it's mine for the taking
i know i can make it, today my life begins

yesterday has come and gone
and i've learn how to leave it where it is
and i see that i was wrong
for ever doubting i could win

ohh just like all the seasons never stay the same
all around me i can feel a change (ohh)

i will break these chains that bind me, happiness will find me
leave the past behind me, today my life begins
a whole new world is waiting it's mine for the taking
i know i can make it, today my life begins

life's to short to have regrets
so i'm learning now to leave it in the past and try to forget
only have one life to live
so you better make the best of it

i will break these chains that bind me, happiness will find me
leave the past behind me, today my life begins
a whole new world is waiting it's mine for the taking
i know i can make it, today my life begins

i will break these chains that bind me, happiness will find me
leave the past behind me, today my life begins
a whole new world is waiting it's mine for the taking
i know i can make it, today my life begins
today my life begins...

SElaMat Pagi.....jam 1.25 pagi



Sedapnya, kalau malam2 macam ni dapat makan seperti gambar di atas bukan???? ryn tersangat penat....menaip pembetulan dari bab 1-bab 3...ades.....leh tepelot jari ni......huhuhuhu. Di temani oleh kawan baik sendri, mariani yang sibuk juga menaip untuk di persembahkan dengan lect esok....Cik Amy...ha2..ryn akan berjumpa dengan doc Nasir pada hari selasa pula.Ni nasib baiklah, esok tak der kelas pagi....tapi...teetttt...kami berdua kene pergi pasar pagi esok...ha2..ingin mencari sayur kampung. Serius ler ryn ckp, lama sangat dah tak mkn sayur nangka...masak lemak pun sedap...nyum2.....(^_____^)

Kenangan Terindah..bersamamu...

KAU SAHABATKU..KAU TEMAN SEJATI........


RYN DAN MARIANI



ANTARA KAU DAN AKU....


MASAM MANIS PENGALAMAN DAN
KENANGAN

SAAT YANG PASTI TAK DAPAT DI LUPA.....



PENGHARGAAN SIJIL DEKAN YANG LAST KAMI TERIMA UNTK SEM NI...CHAIYOOKKK!!

SElamat Hari Minggu..(^__^)


Hari ni ryn di datangi seorang lagi tetamu. Roshaslinda cHe ros......(^__^). pAGI AHAd yang ceria....4 orang anak dara bersama-sama turun padang memasak lauk untuk makan tengahari. Ryn dah tanya pada akhmar, apa yang ingin dia makan. Jadi bila dah tanya semua, terhasillah lauk tengahri tadi...ayam masak lemak cili api, sambal belacan, tumis sayur taugeh bersama tauhu, sayur kobis cina tumis telur, sambal sotong, ikan masin.


Memang berselera makan, walaupun lauk sangat simple. Kemeriahan tu ryn nak ambil...maklumlah, dudah nak akhir sem ni...mesti rindu kenangan bersama rakan-rakan. Dan baru sebentar tadi ryn menunaikan hasrat kawan baik ryn, maria nak makan pulut kuning. Ada ryn usulkan, nak cicah gulai ayam atau tidak...maria kata, tk per, cicah kuah ayam masak lemak cili api pon ok. hahahahhaha...tgk kawan kita berselera makan, kita pon rasa sangat seronok..alhamdulillah..habis dia makan.


Malam tadi memang kami tido lewat. Akhmar sibuk dengan menyiapkan bab5 untuk perbincangan tesis, Maria pula masih lagi berusaha menyiapkan bab 4. Memang nampak stress semua, tapi kami selingkan dengan gurau senda dan gelak ketawa. " apa yang ko nak minum Maria? Akhmar?? Hahaha..sepakat nak teh susu, ke
ntang goreng dan nugget. Semua ni peneman kami, untuk berjaga malam sambil membuat kerja. Maria sahaja yang dapat bertahn sehingga pukul 5 pagi. Ryn dan akhmar telah telas jam 3 pagi..mmg terbaeekk lah maria..

ok...jom kita tgk menu tengahari tadi..hehe
hhe


AYAM MASAK LEMAK CILI API

Ayam
2 Bwg merah
1 bwg putih
kunyit hidup
serai-ketuk
daun kunyit
cili api
garam
aji
santan pekat
sedikit halia
asam keping

KAEDAH

blender semua bahan di atas, atau tumbuk, kemudian masukkan dalam periuk. Masukkan 1 mangkuk cawan air, asam keping dan serai yang di titik. (masa blnder ryn mmg masukkn serai sebatang untuk di kisar bersama ), tanakkan sehingga mendidih.Kemudian masukkn ayam, daun kunyit yang di simpul, dan kacau sebati. Last sekali, masukkn santan, garam n pak aji. Ingt, masak ayam masak lemak cili api jgn santannya sampai pecah minyak.
Nti tak sedap.....ok..tadaaaa.......siap!...selamat mencuba



Friday, December 9, 2011

SALAM HARI MINGGU SEMUA....

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua warga blog..weeeee....(^_________^)


Ha2.senyum lebar ryn pada hari ni. Berkobar-kobar untuk pergi pasar malam tg malim ptg ni bersama kawan tersayang mariani. Macam-macam ada di pasar malam ptg ni. Selalunya ryn akan membeli buah-buahan untuk santapan kami berdua.

Buah yang paling popular yang ryn akan beli sekiranya ada, adalah buah mata kucing. Buah mata kucing sangat sedap. ha2..hari ini ryn ada tetamu yang akn bertandang di rumah. Akhmar.....masing-masing sebenarnya sibuk menyiapkan tesis. malam nanti ryn akan kongsikan kepada anda semua resepi tauhu sumbat. Akhmar bercadang untuk berkongsi resepi untuk membuat tauhu sumbat. ok....kita jumpa nati.....daaa

AYAM SOS SIAM DAN NASI LIMAU PURUT


Assalamualaikum dan salam sejahtera warga blog..........JUMAAT peNGHULU SEGALA HARI..(^___^)


Maaf ya..lama juga tak masuk N3 bru..hehehe.bz sikit menyiapkan tesis...almklumlah..minggu depan nak bentang kot. Arini ada program kaunseling individu...haa.....penerangan dari encik AB AZIZ YATIM...DOC NASIR....dan MAK CU. Sebelum ni tahu dah teori REBT, cuma ryn bukan memegang teori tersebut sebagai pegangan. Sekadar tahu teori, teknik dan cara aplikasi..

Hebat sekali doc nasir membuat role play tadi dalam kelas. Rakan secara sukarela menjadi klien, dan kami satu kelompok besar dapat melihat bagaimana sesi REBT di jalankan. Bukan senang nak tgk org kuat REBT buat sesi secara life..huhuh...penambahan ilmu di situ....sgt seronok.

Dalam masa yang sama, ilmu pada hari ini juga di tam
bah pula dengan pengalaman MAK CU, iaitu kaunselor di sekolah menengaj AMPANG PECAH kuala kubu bhru..mmg terbaeeekk.. ingat lagi, menurut Makcu, org yg memegang REBT ni sllu kene berfikiran positif. macam2 lagi yang ryn dapat hari ni...tapi ada juga sesuatu yang ryn nk kongsikan ngn warga blog hari ni..hahhahahah..penambahan resepi...TADAAAA...

AYAM SOS SIAM dan Nasi LIMAU PURUT-

sumber dari blog MASAM MANIS KAK AZLITA

MMG SYYOOOKKKK......


BAHAN-BAHAN NASI LIMAU PURUT- BY KAK AZLITA(MASAM MANIS)




2 sudu besar margerin
1.5 cm halia ~ kupas dan hiris
2 ulas bawang putih ~ dihiris

4 ulas bawang merah ~ dihiris
1 batang serai ~ dititik
3 helai daun limau purut
Garam secukup rasa
500 ml air
125 ml pati santan
1 sudu besar stock ayam
2 cawan beras Basmathi ~ di cuci bersih dan toskan airnya
4 titik pewarna hijau

Panaskan Margerin di dalam periuk
Tumiskan bahan-bahan hiris hingga wangi
Masukkan serai dan daun limau purut, kacau sebentar
Apabila dah harum masukkan air, garam, santan, stock ayam dan beras
Kacau sedikit dan biarkan sehingga air nasi kering
Apabila kering, titiskan dengan pewarna hijau
Gaul sebati dan biarkan hingga nasi masak sepenuhnya



AYAM SOS SIAM
By: Ummi @ Home Sweet Home- DARI BLOG KAK AZLITA....

1 ekor ayam sederhana besar - dipotong 8 - 10 bahagian ~ ita guna dada ayam
Sedikit garam
Sedikit serbuk kunyit

Bahan kisar
15 tangkai cili padi thai
4 ulas bawang putih
~ ita tambah daun limau perut dan daun kunyit dan ita kisar sekali

1 labu bawang besar ~ dihiris
1/3 cawan sos cili
1 - 2 helai daun kunyit ~ dihiris halus
2 - 3 helai daun limau perut ~ ita tambah
1 batang serai ~ dititik ita tambah
sedikit gula
1 kiub ayam ~ ita tambah
minyak masak secukupnya
Garam secukup rasa

Bersihkan ayam dan toskan.
Lumur ayam dengan garam dan serbuk kunyit secukupnya.
Perap 20 minit.
Panaskan minyak secukupnya dan goreng ayam hingga 3/4 masak.
Angkat dan toskan.

Keluarkan minyak dan tinggal lebih kurang 3 sudu besar dan tumis bawang besar dan bahan tumbuk tadi hingga naik bau.
Masukkan sos cili dan kacau rata dan biar hampir kering sikit.
Masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan kacau gaul rata-rata.
Seimbangkan rasa. (akak x letak dah garam, cukup yg digunakan untuk menggoreng ayam tadi jek)
Akhir sekali masukkan daun kunyit dan kacau rata sebentar.
Tutup api dan hidangkan dengan nasi putih


RYN AKUI...SANGAT SEDAP.....JADI, JIKA ADA KELAPANGAN SILALAH CUBA!!!