Friday, August 27, 2010

Ciri-Ciri Kaunselor Profesional

Proses kaunseling yang berkesan telah dikenalpasti mempunyai kaitan dengan sifat-sifat kaunselor di samping kemahiran-kemahiran kaunseling yang dimiliki.
Dalam mewujudkan sesi kaunseling yang selesa, kaunselor terlatih dan berpengalaman diperlukan.

CIRI-CIRI KAUNSELOR BERKESAN
Mengapa menolong secara berkesan dapat membantu individu berkembang ?

1.TAHAP DAN GAYA KEFUNGSIAAN KAUNSELOR

Iaitu kaunselor perlu berempati ke atas klien

2.GAYA HIDUP DAN PERHUBUNGAN MENOLONG KAUNSELOR

Gaya hidup natural kaunselor di luar perhubungan menolong
Sentiasa mempertingkatkan dirinya.

3.KESESUAIAN DI ANTARA KAUNSELOR DAN KLIEN

Personaliti yang sama (personaliti yang dapat digunakan walau berbeza etnik dan budaya)
Kaunselor menunjukkan rasa memahami, menghormati dan menghargai.

4. KAUNSELOR SEBAGAI FASILITATOR YANG MEMBERIKAN PERTUMBUHAN

Menurut Rogers (1957) terdapat beberapa keadaan untuk perkembangan diri klien iaitu di antaranya kongruen (bermaksud konsisten dan ketulenan) dalam perhubungan, penerimaan tanpa syarat terhadap klien, pemahaman empati terhadap ruang rujuk klien dan usaha berkomunikasi untuk memahami.

a.Kaunselor perlu empati

b.Keterbukaan
Menggalakkan klien bebas untuk meluahkan pemikiran dan perasaan
Kaunselor hanya perlu mendedahkan diri untuk mendedahkan self disclosure klien pada tahap kefungsiaan yang ingin dicapai

c.Kemesraan dan sikap ambil berat

Kemesraan : keadaan penuh persahabatan dan penuh timbangrasa di manifestasi melalui senyuman, kontak mata dan nonverbal attending behavior
Sikap ambil berat : lebih kepada emosi, menunjukkan belas kasihan dan ketulenan terhadap kebajikan klien

d.Menghormati dan penerimaan tanpa syarat

Menerima klien seadanya tanpa penghakiman dan nilai
Klien bebas dan akan dihormati

e.Concreteness and specifity

Kaunselor cuba untuk lebih spesifik dan berfokus terhadap permasalahan klien

f.Mempunyai kecekapan komunikasi

Sedar tentang kepelbagaian budaya
Boleh berkomunikasi di dalam ruang rujuk klien secara lisan dan bukan lisan

g.Intentionality (Ivey, 1994)

Kaunselor boleh memilih respons yang sesuai di dalam pelbagai kemungkinan.

Menurut Brammer (1998), dalam satu sesi kaunseling, kaunselor dan klien mempunyai ciri-ciri peribadi yang tersendiri. Ciri-ciri kaunselor profesional ialah :

1.Kesedaran tentang diri dan nilai-nilai
Memerlukan satu kesedaran yang luas mengenai kedudukan nilai mereka sendiri. Boleh menjawab persoalan “siapakah aku?” dan “apakah yang penting bagi aku?”. Kesedaran membentuk kaunselor menjadi jujur dengan klien.

2.Kesedaran tentang pengalaman-pengalaman dan budaya

Mengetahui tentang perbezaan dan persamaan di antara kaunselor dan klien
Dapat bertindak dengan berkesan dan selesa melalui perbezaan budaya.

3.Kebolehan untuk menganalisa perasaannya sendiri

Kaunselor mempunyai perasaan seperti kecewa kerana klien tidak dapat berkembang dengan baik dan tidak dapat berperanan seperti yang diharapkan oleh klien
Kaunselor perlu menangani keraguan dan konflik nilai serta berkarisma

4.Berkebolehan sebagai Model dan Mempengaruhi

Kaunselor menggunakan hubungan menolong untuk memenuhi keperluaannya yang tidak dipenuhi
Menjadi model kesopanan, kematangan dan keberkesanan di dalam kehidupan peribadinya.
Bertindak sebaga pakar (berpengatahuan tentang klien, latar belakang, sebab utama klien berjumpa kaunselor dan dapat bergerak ke masalah utama klien

5.Altruism and Compassion

Minat kepada hubungan sesama manusia dengan memberi perhatian yang berat
Mengidentifikasikan diri sebagai penolong dengan kemanusiaan dan tidak melihat diri mereka sebagai terpisah dengan masyarakat
Belas kasihan dilihat sebagai tindak balas melihat penderitaan orang lain. Ram Daas (1992) belas kasihan sebagai “acting from our deepest understanding of what life is, listening intently, and not compromising the truth”.
belas kasihan sebagai asas dalam spiritual dan agama

6.Mempunyai Tanggungjawab

Klien bertanggungjawab terhadap keputusannya.
Kaunselor bertanggungjawab melahirkan idea, memberikan reaksi atau sokongan selaras dengan kehendak klien
Kaunselor yang bertingkah laku secara etika dengan dapat mengimbangi antara kebajikan yang klien dan harapan sosial.

7.Mempunyai Etika Sebagai Penolong

Kod sebagai panduan yang formal untuk tindakan dan mencerminkan nilai-nilai bersama mengenai tanggungjawab dan perhubungan kaunselor-klien

8.Kebolehan untuk Memperkasakan Klien

Kaunselor dapat memperkasakan klien dengan berasaskan hubungan kepercayaan, koloborasi dan berkongsi tenaga.
Fokus kepada kekuatan dalaman klien dan keyakinan bahawa klien mampu memilih kehidupan yang positif.

Menurut Carl Rogers, sifat kaunselor yang berkesan merangkumi empat perkara iaitu:

1.Penerimaan dan Kemesraan

Kaunselor hendaklah mengalami dan menunjukkan minat dan tumpuannya kepada klien.
Kaunselor perlu memberitahu klien tentang sikapnya suka menerima, menghormati dan suka klien secara jujur tanpa mengenakan sebarang syarat iaitu penerimaan tanpa syarat (tanpa mengambilkira latarbelakang, status sosioekonomi serta masalah yang dihadapi.
Kaunselor menerima klien dengan penuh kerelaan dan kemesraan supaya klien berasa selesa, yakin dan bebas walaupun baru berjumpa kaunselor.

2.Tidak Menghukum

Kaunselor mengelak diri dari memberi label kepada klien apabila klien mengemukakan masalah.
Kaunselor tidak boleh membuat atau mengambil keputusan melainkan telah mendapat bukti dan keterangan yang lengkap

3.Ketulenan

Kaunselor hendaklah sentiasa seimbang semasa menjalankan sesi kaunseling, iaitu tidak berpura-pura, tenang, asli dan tidak menunjukkan kecenderungan menguasai perhubungan kaunseling
Kaunselor yang asli dan tulen akan diterima sebagai seorang yang jujur dan benar. Ini akan menimbulkan perasaan selamat dan yakin dengan kebolehan kaunselornya.

4.Ketepatan

Egan (1982) kaunselor hendaklah menggunakan bahasa yang mudah difahami, tepat dan sesuai dengan kebolehan klien. Apa yang dikatakan kaunselor mestilah jelas dan tepat dengan mengemukakan persolan yang konkrit dan spesifik.
Kaunselor membantu klien supaya dapat mencurahkan isi hatinya dengan tepat dan jelas melalui kata-kata yang mudah difahami.
Jika kata-kata mengelirukan, kaunselor haruslah mendengar dengan teliti dan memberi sepenuh perhatian untuk memastikan kaunseling dapat berjalan dengan baik.

No comments:

Post a Comment