Populasi
Perkembangan Semasa Bimbingan Dan Kaunseling Di Sekolah.
Mengenalpasti Masalah-Masalah Yang Wujud. Kaunselor juga harus mengkaji masalah-masalah yang terdapat di sekolah supaya program kaunseling yang diatur memberi manfaat kepada warga sekolah dan masyarakat sekitar. Perancangan sesuatu program merupakan satu proses menentukan keperluan penerima. Di sekolah keutamaan hendaklah diberi kepada usaha-usaha memenuhi keperluan pelajar, disamping keperluan mereka yang mempunyai keperluan penting dalam masyarakat sekolah. Untuk itu saya perlu mempunyai maklumat yang lengkap supaya program yang saya atur benar-benar berkesan. ? Pengumpulan maklumat Penganalisisan maklumat perlu bagi dan penentuan jenis keperluan bimbingan dan kaunseling di sekolah. Sumber maklumat seperti kad 001 (M), surat pekeliling pentadbiran dan polisi kerajaan, profil guru-guru, inventori kemudahan sekolah, bahan-bahan bacaan dan rujukan, pakar rujuk dan kejadian yang berlaku di sekitar. ? Maklumat dikumpul secara pemerhatian, rujukan, tinjauan keperluan – meninjau pendapat Pengetua, guru, pakar-pakar perancangan pendidikan, ibu bapa dan pelajar
Peranan Peranan yang boleh dimainkan sebagai seorang kaunselor mestilah berlandaskan pengetahuan bimbingan dan kaunseling yang tepat supaya mampu menangani masalah di sekolah dan berjaya menghidupkan fungsi sebenar bimbingan dan kaunseling di sekolah menengah. American School Counselor Association (ASCA) telah menggariskan tanggungjawab profesional kaunselor sekolah seperti berikut:
1. Menolong penuntut untuk memahami dirinya dalam hubungannya dengan dunia sosial dan psikologi di tempat dia berada. Ini bermakna menolong penuntut untuk memahami sikap, minat, bakat, kebolehan, peluang-peluang untuk penyempurnaan kendiri dan hubungan-hubungan di antara yang tersebut di atas.
Rancangan
B. Menggerakkan semua tenaga di sekolah. Sebagai kaunselor di sekolah menengah ia berperanan menggerakkan semua tenaga pentadbir, guru, kakitangan sekolah dan pelajar sendiri bagi menjayakan aktiviti bimbingan dan kaunseling di sekolah. Aktiviti bimbingan dan kaunseling dapat berjalan dengan lancar sekiranya kaunselor mendapat kerjasama yang baik dari semua pihak tersebut termasuk masyarakat luar sekolah dan ibu bapa. Jika pihak di atas tidak memahami peranan masing-masing adalah menjadi tanggungjawab kaunselor untuk menerangkan kepada mereka.
C. Perkhidmatan Sebaran
D. Menjalankan program-program bimbingan dan kaunseling yang terancang seperti di bawah:
b. Bimbingan Perkembangan Kerjaya- Kaunselor berperanan menyediakan pelajar dengan dunia pekerjaan. Kaunselor menyusun dan melaksanakan program-program seperti kursus kerjaya, lawatan kerjaya dan latihan temuduga untuk membolehkan palajar mempelajari hal-hal diri supaya pilihan bidang kerjaya yang sesuai dapat dibuat. Kaunselor bertanggungjawab mengumpul maklumat berkenaan kerjaya serta peluang-peluang pengajian tinggi dan latihan yang diperlukan.
c. Bimbingan dan Perkembangan Pembelajaran- Pelajar diberi bimbingan untuk menjaga prestasi pencapaian akademiknya. Kaunselor berperanan memotivasikan pelajar-pelajar yang kurang yakin tentang kebolehan diri, yang sengaja menggagalkan diri dan yang telah berputus asa dengan pencapaian akademik mereka. Kaunselor juga berperanan dalam membimbing pelajar memperoleh kemahiran belajar, cara-cara mengawal tekanan, kemahiran mengurus masa dan teknik belajar berkesan dan menjawab peperiksaan. Khemah atau perkampungan akademik biasanya dibuat di luar sekolah untuk memberi persekitaran yang lain kepada pelajar dan bukan persekitaran sekolah yang mereka anggap membosankan.
d. Bimbingan Penyesuaian Diri- kaunselor berperanan memberi persediaan kepada pelajar menyesuaikan diri dengan keadaan yang baru. Minggu Siratulrahim diperkenalkan kepada pelajar tingkatan satu selama seminggu dan Minggu Pengurusan kepada pelajar tingkatan empat. Tujuannya supaya pelajar dapat menyesuaikan diri dengan sekolah, persekitaran, budaya dan pelajaran-pelajaran baru.
e. Bimbingan Tingkah laku – kaunselor di sekolah menengah selalu dimintakan menyelasaikan masalah disiplin pelajar. Pihak disiplin sekolah menolak pelajar yang melakukan kesalahan disiplin berulangkali kepada kaunselor untuk diselesaikan. Melalui kaunseling individu atau kelompok pelajar berkenaan diminta mengubah sikap mengikut peraturan sekolah.
f. Perkhidmatan Kaunseling- Kaunselor memberi perkhidmatan bimbingan dan kaunseling secara individu atau kelompok. Ini bertujuan untuk membolehkan pelajar memahami keadaan dan memperolehi keupayaan untuk bertindak mengatasi ketidakselesaan yang dialaminya. Selain itu juga perkhimatan kaunseling juga memberi perkhidmatan pakar runding kepada guru-guru yang sentiasa menghadapi isu-isu berkaitan dengan tingkahlaku pelajar, perhubungan pelajar dan hal-hal perkembangan personaliti pelajar-pelajar di sekolah.
Aktiviti-aktiviti/Program Tahunan
Program yang dirancang ialah:
2. Program Didikan Kasih dan Mesra - pengisian program ini ialah dengan memberi ceramah agama, penerangan tentang akademik, pemainan dan kauseling dan permainan di padang. Ini memupuk hubungan yang baik di antara guru dan pelajar-pelajar di samping mengembangkan bakat pelajar.
3. Kaunseling Individu - menjalankan proses kaunseling kepada pelajar yang mempunyai masalah sama ada mereka datang sendiri ataupun yang dirujuk oleh guru lain. Masa program ini aldah berterusan sepanjang tahun.
4. Kaunseling Kelompok - menjalankan proses kaunseling secara berkelompok kerana mempunyai masalah yang sama. Perkara yang umum dibincangkan ialah pemilihan aliran dan elektif, hubungan dengan rakan sebaya, masalah pelajaran dan sebagainya.
5. Minggu Kerjaya - mempamerkan maklumat mengenai kerjaya seperti, kelayakan, tempat latihan, prospek dan sebagainya. Faedahnya, pelajar mengetahui perkara yang seharusnya mereka lakukan untuk mencapai kerjaya yang diidamkan.
6. Kempen Sekolahku Rumahku - Memupuk semangat cintakan sekolah. Ini menggalakkan pelajar menjaga kebersihan, mengindahkan dengan dengan pokok-pokok bunga dan mural. di samping dapat mengurangkan sikap vandalisme seperti memecah meja dan kerusi, mencuri harta dan merosakkan pagar sekolah.
7. Kegiatan Seni Anti Dadah - Membuat persembahan kebudayaan yang bertemakan anti dadah. Contohnya ialah mengadakan pertandingan deklamasi sajak, boria, dikir barat, kuiz, pertandingan melukis poster dan lain-lain.
8. Menyimpan rekod - menyedia dan menyimpan rekod peribadi pelajar untuk kegunaan kaunselor, guru kelas dan pentadbir sekolah
9. Program Motivasi PMR dan SPM - program yang dijalankan untuk membantu pelajar menghadapi peperiksaan. Ini bertujuan meningkatkan kesedaran di kalangan pelajar akan kepentingan peperiksaan dan tindakan yang sewajarnya mereka ambil untuk menghadapi peperiksaan .
10. Bengkel Teknik Menjawab Soalan SPM - Mendedahkan kepada para pelajar teknik menjawab soalan peperiksaan dengan betul.
11. Program Selepas PMR - Menjalankan pelbagai pertandingan seperti sukan dan permainan, pertandingan syarahan, nasyid, kuiz, deklamasi sajak ceramah teknik dan vokasional, kesihatan, undang-undang jalanraya dan sebagainya.
Sebagai kaunselor seharusnya mengambilkira perkhimatan kaunseling merupakan satu perkhidmatan yang profesional, maka kaunselor haruslah mengikuti prinsip-prinsip dan etika tertentu semasa berurusan dengan klien, guru-guru dan pentadbir. Menurut Roeber, Smith dan Erickson (1955), panduan-panduan di bawah boleh digunakan oleh kaunselor semasa menjalankan tugas mereka di sekolah.
Kod etika Kaunselor/Guru Bimbingan
Masalah-Masalah
Proses perlantikan.
Guru Berpengalaman.
Latihan Profesional.
Umur Kaunselor.
Ada berbagai-bagai pendapat tentang umur yang sesuai untuk menjadi kaunselor. Mizan (1987) mendapati pengetua sekolah bandar merasakan guru-guru muda dan cergas adalah lebih sesuai untuk menjadi kaunselor. Ini adalah kerana kurangnya jarak umur antara kaunselor dengan pelajar. Keadaan ini membolehkan kaunselor memahami pelajar dengan lebih baik dan mengurangkan jurang antara generasi. Hal ini akan lebih menimbulkan rasa empati, jika jarak umur jauh guru hilang rasa empati kerana rasa ketinggalan dengan dunia remaja ini.
Pengetua sekolah menengah luar bandar pula merasakan guru dewasa adalah lebih baik dilantik menjadi kaunselor kerana ia dapat mengganti “bapa atau ibu” yang diprlukan oleh pelajar. Masalahnya pula akan menjadi penghalang bagi pelajar-pelajar yang mempunyai masalah dengan ibu bapa mereka sendiri. Keadaan persamaan lingkungan umur antara kaunselor dengan ibu bapa menjadikan berlaku satu reaksi emosi pelajar seolah-olah terasa kaunselor sebagai ibu bapa yang sedang mereka tentang, timbulkan perasaan menolak kaunselor itu.
Etnik. Kumpulan etnik juga harus diambil kira. Walaupun kita telah merdeka lebih 40 tahun, keutuhan budaya bagi setiap etnik itu masih kekal. Banyak perkara yang berlaku dalam kumpulan etnik itu tidak difahami oleh kumpulan etnik yang lain. Oleh itu bagi sekolah-sekolah yang mempunyai pelbagai kaum/etnik, guru-guru pembantu kaunselor yang dilantik haruslah dari ketiga-tiga kumpulan etnik yang besar ini. Perbezaan etnik antara kaunselor dengan pelajar akan menimbulkan masalah perbezaan ruang rujuk yang akan menjejaskan kefahaman dan kurangnya rasa empati di kalangan kaunselor dan pelajar.
Jantina. Walaupun bagi kebanyakan pelajar, jantina guru jarang dipersoalkan. Tetapi, dalam budaya kita, faktor ini harus diambil kira juga. Contohnya, bagi pelajar perempuan terdapat perkara yang agak sulit yang hanya selesa dibincangkan dengan guru perempuan sahaja; begitu juga sebaliknya dengan pelajar lelaki.
Pelajar tidak mengunjungi kaunselor. Pelajar menganggap kaunselor seperti guru-guru lain. Pelajar sering menganggap guru sering mencari kesalahan atau orang yang perlu dihormati. Jadi mereka tidak mahu pergi ke bilik kaunseling atau berjumpa dengan kaunselor. Kaunselor semestinya mempunyai sikap yang mesra dengan pelajar dan sering mengambil peluang menjelaskan kepada pelajar semasa perhimpunan mingguan mengenai perkhidmatan yang disediakan oleh kaunselor. Kaunselor semestinya merancangkan supaya dirinya dan bilik kaunsleng suatu tempat yang mesra dan mudah bagi pelajar. Jika tidak pelajar tetap tidak melayani perkhimatan yang diberikan.
Itulah antara masalah yang dihadapi oleh kaunselor di sekolah menengah. Masalah lain seperti tempat, pengurusan bimbingan dan kanseling di sekolah tidak harus wujud jika kaunselor benar-benar memainkan peranannya di sekolah.
Bilik Bimbingan Dan Kaunseling
Keberkesanan kaunseling bergantung juga pada keadaan dan tempat kaunseling itu dijalankan. Satu temuduga kaunseling tidak boleh dijalankan di bilik guru, di kantin, di bawah pokok ataupun di dalam kelas. Sesi ini mestilah diadakan di suatu tempat yang khas, walaupun tidak istimewa. kaunselor mesti mempastikan terdapat satu bilik khas bagi menjalankan sesi temuduga supaya tugas sebagai kaunselor dapat berperanan sebagai guru bimbingan yang berkesan. Jika masih tidak terdapat bilik bimbingan dan kaunseling kaunselor perlu berbincang dengan pihak pentadbir sekolah bagi menyediakan bilik bimbingan dan kaunseling di sekolah tersebut.
Penutup
Peranan kaunselor di sekolah amatlah luas dan memerlukan kemahiran, masa dan dalam banyak keadaan, wang ringgit. Kaunselor akan dapat menjalankan tugas-tugas dengan berkesan jika diberi peluang untuk mengemukakan cadangan, peruntukan waktu dan sokongan dari seluruh kakitangan. Jika mereka diberi beban tugas yang lain, kemungknan besar mereka tidak dapat menjalankan khidmat bimbingan dan kaunseling di sekolah sebagaimana sepatutnya.
No comments:
Post a Comment