Sunday, December 4, 2011

SELAMAT PAGI....he2 (^___^)

Baca tak N3 di bawah tue??? kalau baca, baguslah, sedikit sebanyak kita dapat ilmu kan....ilmu yang kita ada ni pun masih lagi belum mencukupi, jadi tak salah untuk kita tambah sikit-sikit ilmu kita ni...ramai yang berpuasa ari ni??? rasanya yang mana tahu, ari ni mereka pun turut berpuasa. Ryn dan kawan baik ryn juga tidak ketinggalan untuk berpuasa bersama-sama. Pagi ni ryn berseorangan di dalam bilik. Kawan tersayang pergi jumpa pensyarah C
ik Aemylia untuk keperluan tesis. Ha2...tak payah nak cakap lah kan..selagi belum siap, selagi tu lah..memang kita ni akan sibuk sja. Memang semua tengah busy skng ni, almaklumlah, minggu depan nak bentang dapatan kajian. Ryn pula akan berjumpa dengan DoC Nasir Bistamam esok ptg. dah janji dengan kawan, nak bg tunjuk bab 4 yang dah siap. Sangat suka dengan pensyarah pembimbing ni, doc nasir, selalu mengambil berat tentang anak buahnya (pelajar tesis di bawah beliau) memang terbaaaeekkkk. Pensyarah lain juga, bagus, masing-masing memberi tunjuk ajar kepada anak buah masing-masing. he2...


Menu apa ya ptg ni untuk berbuka???? Ryn rasa nak buat Nasi ayam... lama dah tak buat nasi ayam. makan berdua jer dengan mariani..kene masak seawal pukul 3 ptg, sebb ryn ada kelas dengan doctor Fauziah pada pukul 5-7 ptg.heheheh....nanti malam, ryn akan bagitahu, RESEPI NASI AYAM yang selalu ryn buat untuk tatapan anda semua.ok..... Nampak tak pic kat bawah tu?? ari ni ryn nk kongsi dengan semua warga blog, resepi kwe teow kungfu kegemaran ryn..


Kwe Teow Kungfu





sumber dari My Resepi

Bahan-bahan ( 2 orang )

  • kueh teow(2 genggam untuk 2 orang,)
  • 2 biji telur
  • lada hitam / lada putih
  • mix seafood- ryn letak udang, sotong, ayam
  • lobak
  • 1~1setengah sudu besar tepung jagung
  • 1 cawan air
  • sayur-sayur lain (ryn letak putik jagung, kailan,tomato,bunga kobis)
  • 1 ulas bawang putih
  • 5 biji cili padi (kalau nak lebih pedas boleh letak lebih)
  • sos tiram


Kaedah nya.

Selalunya ryn akan rebus dulu isi ayam. setelah isi ayam di rebus, stock ayam tu pasti keluar. Ketepikan. ryn ambil 1 genggam kwe teow, dan letak dalam mangkuk, yang ada 1 biji telur. kacau kwe teow tersebut dengan telur, letak sikit jer garam.

Kemudian, dalam minyak yang banyak, dan sedang panas, goreng kwe teow tersebut sampai kekuningan, n garing. (Jangan sampai hancur pulak, macam kita nak buat telur dadar..cuma beza, yang ni minyak kene banyak sikit). 1 genggam lagi kwe teow ryn buat cara yang sama juga.

Untuk kuah pula, tumiskan bawang putih yang telah di ketuk pecah-pecah sahaja, kemudian letakkan lada hitam yang telah di kisar halus. kacau rata, kemudian, masukkan mixseafood. kacau, dan masukkan sos tiram sedkit.

last sekali barulah air stock ayam dengan isi ayam sekali, serta sayuran dan cili padi yang ada...bagi tepung jagung pulak, bancuh dalam 1 cawan. (jgn pulak ambik tepung jagung terus masuk dalam masakan pulak ya, bancuh dulu). setelah bancuh, masukkan dalam masakan. rasakan garam n aji. Selamat Mencuba!...(^___^).ha2



No comments:

Post a Comment