Tuesday, December 13, 2011

PEMBENTANGAN DAPATAN KAJIAN- TESIS BG PELAJAR SEM 8 BIMBINGAN DAN KAUNSELING BERMULA RABU 14 NOV-JUMAAT 16 NOV...

Assalamualaikum warga blog...meninggalkan blog sekejap kerana ryn bz menyiapkan laporan untuk di hantar dengan doc Nasir Bistamam.. Baru jer berjumpa dengan beliau dan kami berbincang mengenai bab 4 untuk pembetulan dan bab 5. Serius ler ryn cakap, mmg buat tesis ini stress, tapi bila di selam dan semakin hampir berjaya kita menyiapkan tesis, perasaan stress itu semakin beransur hilang...mengapa perlu tesis??? tesis inilah melambangkan kesarjanaan pelajar-pelajar. Jadi buatlah betul-betul ya...tesis ni. Jika ada rezeki, dapat buat lagi sekiranya ambil master..(^__^). Minggu ni sangat bz start esok, sebab arahan dari Doctor JAZIMIN JUSOH, semua pelajar wajib hadir untuk menjadi penonton mngikut jadual yang telah di tetapkan..tadaaa....6 kali kehadiran yang perlu ryn datang...semestinya wajib. Tak kira siang dan malam sem 8 akan berakhir tidak lama lagi...sekarang ni minggu 13 dah kot...minggu depan minggu 14. lepas tu stdy week dah nk ngadap final exam..banyak urusan yang perlu ryn uruskan ni...hohoho..tidak mengapa..semua ni akan berjalan dengan baik.InsyaAllah...bila ya ryn nak pos lagi pic makanan dan resepi????? ok..hari ni rasanya nak share petua2 di dapur untuk anda semua...
PETUA DAPUR -(SELINGAN)-sumber gambar dari ehsan PAK GOOGLE
Hancurkan Biji Cili Semasa Blnder



gambar- sumber pak google
Sekiranya anda mahukan cili kering yang cantik dan bijinya tiada, cuba anda lakukan sebegini. mula-mula gunting cili kering tersebut. Kemudian anda rebus. Setelah itu, anda basuh dalam bekas jarang yang berlubang-lubang, jadi bila anda basuh, biji cili akan terkeluar. Tidak semua biji cili terkeluar bukan? maka yang lebih itu mesti banyak lagi. Masukkn dalam blender, dan jagn lupa masukkn 1 sudu minyak masak. Minyak masak ini membantu untuk menghancurkan biji cili kering tersebut.
selain dari cili kering, cili api pon boleh guna kaedah ini. ataupun sekiranya anda mahu blnder jintan manis, jintan putih, ketumbar yang di campur dengan bawang untuk menumis ker, anda boleh letak minyak masak sedikit...

Kerang senang di kopek.





sumber gambar -pak google
Anda basuhkan dulu kerang tersebut bersih-bersih. Masukkn dalam periuk, dan isikan air. jangan banyak air, skit sahaja sekurangnya dalam 1 mgkuk. Kemudian masukkn 2 sudu minyak masak. Hasilnya, kulit kerang akan terbuka sendiri, dan memudahkan anda mengutip isi kerang kerana hampir semua kerang2 tu akan terbuka cengkerangnya...

Daging lembu cepat empuk





sumber gambar-pak google
baiklah, di sini ryn pernah dengar macm-macm petua. Sekiranya nak empukkn daging lembu. ada yang ryn pernah dengar letakkn sebiji panadol. hhuhuhu....yang ini ryn tak pernah cuba. Tapi pernah dengar orang cakap, sllunya org akan buat masa kenduri. ok, yang kedua, setengah orang masa nak rebus daging lembu tu, letak satu sudu besi yang biasa kita guna tu dalam rebusan daging. seterusnya, ada juga pengetua yang mengatakan gunakan akar pandan untuk melembutkan daging lembu. dan yang last sekali, ryn dengar dan aplikasi, nak rebus daging lembu supaya empuk kene letak sedikit beras pulut semasa rebus....ha...mmg lembut. jadi sekiranya anda semua pernh dengar petua-petua ini, yang mana berkesan boleh lh anda gunakan...untuk memudahkan kerja....

Nasi Mentah



sumber gambar-pak google
pergghh..yang ni mmg kadang2 pernah terjadi. Ya lah..sekali sekala bila masak nasi..banyak benor pikiran, sehinggakan lupa pulak nak sukat air nasi. Ok lah, anda bila tgk nasi anda keras, atu mentah, cuba cari cawan letak air kat tengah2 nasi dan pastikan api kecil tau. Sebelum tu lubangkan di tengah-tengah nasi, bru masukkn cawan yang berisi air sejuk. tutup periuk tersebut. tetapi pastikan tutup periuk itu anda basuh dahulu, supaya sejuk. bila dah sejuk, barulah tutup periuk yang ada air di dalamnya...

Peria Pahit


sumber gambar-pak google dari blog kebun malay kadazan girls
Ryn sgt suka mkn sayur peria. Kalau nk kurangkan rasa pahit peria, potong nipis-nipis, kemudian rendam dengan garam setengah sudu. ramas-ramas biar air yang warna hijau itu keluar. biarkan dalam 10 minit...kemudian, boleh tos dan basuh bersih.

No comments:

Post a Comment