Friday, December 9, 2011

AYAM SOS SIAM DAN NASI LIMAU PURUT


Assalamualaikum dan salam sejahtera warga blog..........JUMAAT peNGHULU SEGALA HARI..(^___^)


Maaf ya..lama juga tak masuk N3 bru..hehehe.bz sikit menyiapkan tesis...almklumlah..minggu depan nak bentang kot. Arini ada program kaunseling individu...haa.....penerangan dari encik AB AZIZ YATIM...DOC NASIR....dan MAK CU. Sebelum ni tahu dah teori REBT, cuma ryn bukan memegang teori tersebut sebagai pegangan. Sekadar tahu teori, teknik dan cara aplikasi..

Hebat sekali doc nasir membuat role play tadi dalam kelas. Rakan secara sukarela menjadi klien, dan kami satu kelompok besar dapat melihat bagaimana sesi REBT di jalankan. Bukan senang nak tgk org kuat REBT buat sesi secara life..huhuh...penambahan ilmu di situ....sgt seronok.

Dalam masa yang sama, ilmu pada hari ini juga di tam
bah pula dengan pengalaman MAK CU, iaitu kaunselor di sekolah menengaj AMPANG PECAH kuala kubu bhru..mmg terbaeeekk.. ingat lagi, menurut Makcu, org yg memegang REBT ni sllu kene berfikiran positif. macam2 lagi yang ryn dapat hari ni...tapi ada juga sesuatu yang ryn nk kongsikan ngn warga blog hari ni..hahhahahah..penambahan resepi...TADAAAA...

AYAM SOS SIAM dan Nasi LIMAU PURUT-

sumber dari blog MASAM MANIS KAK AZLITA

MMG SYYOOOKKKK......


BAHAN-BAHAN NASI LIMAU PURUT- BY KAK AZLITA(MASAM MANIS)




2 sudu besar margerin
1.5 cm halia ~ kupas dan hiris
2 ulas bawang putih ~ dihiris

4 ulas bawang merah ~ dihiris
1 batang serai ~ dititik
3 helai daun limau purut
Garam secukup rasa
500 ml air
125 ml pati santan
1 sudu besar stock ayam
2 cawan beras Basmathi ~ di cuci bersih dan toskan airnya
4 titik pewarna hijau

Panaskan Margerin di dalam periuk
Tumiskan bahan-bahan hiris hingga wangi
Masukkan serai dan daun limau purut, kacau sebentar
Apabila dah harum masukkan air, garam, santan, stock ayam dan beras
Kacau sedikit dan biarkan sehingga air nasi kering
Apabila kering, titiskan dengan pewarna hijau
Gaul sebati dan biarkan hingga nasi masak sepenuhnya



AYAM SOS SIAM
By: Ummi @ Home Sweet Home- DARI BLOG KAK AZLITA....

1 ekor ayam sederhana besar - dipotong 8 - 10 bahagian ~ ita guna dada ayam
Sedikit garam
Sedikit serbuk kunyit

Bahan kisar
15 tangkai cili padi thai
4 ulas bawang putih
~ ita tambah daun limau perut dan daun kunyit dan ita kisar sekali

1 labu bawang besar ~ dihiris
1/3 cawan sos cili
1 - 2 helai daun kunyit ~ dihiris halus
2 - 3 helai daun limau perut ~ ita tambah
1 batang serai ~ dititik ita tambah
sedikit gula
1 kiub ayam ~ ita tambah
minyak masak secukupnya
Garam secukup rasa

Bersihkan ayam dan toskan.
Lumur ayam dengan garam dan serbuk kunyit secukupnya.
Perap 20 minit.
Panaskan minyak secukupnya dan goreng ayam hingga 3/4 masak.
Angkat dan toskan.

Keluarkan minyak dan tinggal lebih kurang 3 sudu besar dan tumis bawang besar dan bahan tumbuk tadi hingga naik bau.
Masukkan sos cili dan kacau rata dan biar hampir kering sikit.
Masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan kacau gaul rata-rata.
Seimbangkan rasa. (akak x letak dah garam, cukup yg digunakan untuk menggoreng ayam tadi jek)
Akhir sekali masukkan daun kunyit dan kacau rata sebentar.
Tutup api dan hidangkan dengan nasi putih


RYN AKUI...SANGAT SEDAP.....JADI, JIKA ADA KELAPANGAN SILALAH CUBA!!!

No comments:

Post a Comment